Dapur

Cara Buat Cream Puff Paling Sedap & Senang, Elok Berongga Gebu Tak Kecut

103
SHARES
cara buat cream puff

Setiap kali berkunjung ke rumah-rumah terbuka atau jamuan hari lahir, salah satu menu pemanis mulut atau dessert yang wajib dihidangkan adalah cream puff custard. Tidak terlampau manis dan gebu-gebu apabila dimakan, ramai juga tertanya-tanya bagaimana cara buat cream puff dengan mudah dan sedap?

Berikut merupakan perkongsian resepi cream puff custard yang elok berongga seperti dibuat oleh pakar pastri. Mana tahu ada yang berminat nak jual crem puff pula selepas tahu resepi ini..

Baca juga: Cara Buat ‘Menu Legend’ Ikan Lengat Goreng Utara, Nampak Macam Hangit Tapi Rasa Padu!

CARA BUAT CREAM PUFF CUSTARD PALING SEDAP!

cara buat cream puff

Bahan-bahan untuk krim kastard:

-1 ¼ cawan/313ml susu full cream
-2 biji kuning telur/1 biji telur
-1/4 cawan/55g gula
-1 sudu besar/8g tepung gandum
-3 sudu besar/24g tepung jagung
-¼ sudu kecil garam
-1 sudu kecil esen vanila
-2 sudu besar/28g unsalted butter/marjerin pon boleh
-1 cawan/240g non-dairy whipping cream/fresh cream

Cara-cara

1.Masak semua bahan kastard ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup bahagian atas dengan plastik. Sejukkan ke dalam chiller.

2.Putar whipping cream sehingga kental dan masukkan kastard. Mixer sebati.

Bahan-bahan untuk choux pastry:

-1 cawan/250g air
-¼ cawan/56g butter/marjerin
-¼ sudu kecil garam
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu besar/12g gula
-1 cawan/125g tepung gandum
-3 hingga 4 biji telur saiz B

NOTA: Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara-cara :

1.Didihkan air, marjerin/butter dan gula sampai menggelegak. Pastikan butter semua dah cair elok. Kemudian masukkan tepung gandum.

2.Kacau laju-laju sampai terhasil kerak nipis keliling kuali. Masa ni bancuhan tadi akan jadi macam doh tau. Tutup api.

3.Biarkan sampai sejuk atau suam-suam kuku.

4.Masuk telur satu persatu, mix sebati.

5.Paipkan dalam tray, bakar suhu 200-220c dalam 30minit. Ikut oven masing-masing ya.

6.Nak tahu cream puff jadi ke tak, pastikan berongga kat dalam dan bila masak tak kecut semula. Kena try & error oven masing-masing. Sejukkan, gunting dan paipkan filling tadi. Nak cantik boleh tabur snow powder tapi bukan gula aising ye.

cara buat cream puff

*Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Sup Telur Chinese Style, Ada Satu Petua Nak Bagi Telur Jadi Halus Elok Bila Masak

Sumber: Tuan Adriana Arissa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×