Nasi lemak merupakan menu yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia, tambah pula kalau dimakan semasa sarapan pagi. Tapi, bukan semua orang pakar dalam masak nasi lemak ini dan hanya mampu beli sahaja di luar. Kecewanya apabila beli nasi lemak di luar, nasi ada yang terlampau lembik dan ada juga kurang masak kerana sukatan nasi lemak tidak betul.
Jadi, untuk anda yang bakal berniaga atau sudah memulakan perniagaan nasi lemak tapi masih belum berpuas hati, berikut merupakan perkongsian sukatan nasi lemak ikut cawan yang betul supaya nasi masak dengan elok.
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Supaya Jadi Lembut & Berkilat, Senang Nak Buat Kenduri!
SUKATAN NASI LEMAK IKUT CAWAN KALAU NAK BERNIAGA
Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak, mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau terlebih atau terkurang, lebih tak apa tapi kalau lebih banyak sangat membazir pula nanti. Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil untuk seorang makan.
Sukatan ( 30-40 orang makan)
-3 kg beras
-1kg santan
-3 liter air
-3 sudu besar garam
-Daun pandan
Sukatan ( 55-60 orang makan)
-5 kg beras
-1 1/2 kg santan
-5 liter air
-5 sudu besar garam-
Daun pandan jangan lupa pula
*Nampak macam mudah tapi kalau tersalah cara masak boleh merugikan!
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Berempah ‘Bersarang’ Wajib Cuba, Memang Tak Cukup Seketul
Sumber: Fazniza Razali