Dapur

Resepi Sup Telur Chinese Style, Ada Satu Petua Nak Bagi Telur Jadi Halus Elok Bila Masak

115
SHARES
sup telur chinese style

Setiap kali menikmati menu makanan Cina, ada satu rasa yang tidak dapat diungkapkan kerana semuanya enak-enak belaka. Sudah pasti, salah satu menu yang menjadi pilihan setiap kali makan di restoran sebegini adalah sup telur Chinese Style atau Egg Flower Soup yang sangat sedap.

Nampak macam mudah namun, ramai dalam kalangan kita yang tidak berjaya menghasilkan kuah sup yang mempunyai telur-telur halus ini. Ada tipsnya yang boleh dijadikan panduan seperti perkongsian resepi di Twitter ini apabila tuan badan terus tanya kepada Uncle yang mahir.

Baca juga: Cara Pilih Buah Oren Manis & Sedap, Baru Tahu Rupanya Kena Tengok 3 Benda Ini

CARA BUAT SUP TELUR CHINESE STYLE, ‘DAAN FA TONG’

sup telur chinese style

Bahan-bahan:

-1 biji lobak merah
-2 biji kentang
-Daun sup
-Dua ulas bawang putih
-Satu ulas bawang merah
-1 kiub ayam
-Secubit garam
-Secubit maggie secukup rasa
-2 biji telur
-2 sudu besar tepung jagung
-Minyak bijan

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang.

2.Dah naik bau masukkan air. Ikut banyak mana kita nak buat contohnya 3 cawan untuk 2 orang makan.

3.Masukkan kentang dan lobak merah. Pastikan potong dadu dan boleh juga tukar ke lobak putih atau kacang peas.

4.Masukkan kiub ayam.

5.Masukkan tepung jagung yang sudah dicampur dengan air dahulu. Bancuhan tepung jagung ini adalah untuk memekatkan kuah sup.

6.Bila sup dah mendidih, inilah masanya untuk kita masukkan telur. Ada tips yang dikongsikan oleh Uncle Lau, semasa tengah memukul telur masukkan satu sudu air kosong supaya telur tersebut cantik dan halus semasa masuk ke dalam kuah sup mendidih.

7.Akhir sekali baru masukkan secukup rasa, garam, lada sulah dan minyak bijan sedikit. Biarkan selasa 10 minit dan boleh dihidangkan!

sup telur chinese style

*Sedap hirup ketika cuaca hujan kan?

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Sedap, Kulit Ayam Jadi Berkilat Guna Teknik Celup, Angkat & Rendam!

Sumber: Twitter @sarramonez

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×