Dapur

Cara Buat Chicken Chop Crispy, Nikmat Makan Panas-Panas Sebab Kulit Ayam Tengah Rangup!

133
SHARES
cara buat chicken chop

Salah satu menu makanan Barat atau Western yang menjadi kegemaran ramai adalah chicken chop. Bukan sahaja menjadi pilihan orang dewasa setiap kali tekak teringin makanan Western, malah menu ini juga sangat sesuai dimakan oleh kanak-kanak. Tapi, disebabkan ada kedai yang menjualnya dengan harga yang tinggi, anda kena cari cara buat chicken chop ini di rumah.

Bagi mendapatkan tesktur kulit ayam yang ‘crispy’ dan rencahnya yang cukup, berikut merupakan perkongsian resepi yang boleh dicuba. Nampak chicken chop yang disediakan memang menggiurkan!

Baca juga: Cara Masak Sup Ketam Ikut Resepi Eina Azman, ‘Ubat’ Lawan Penyakit Paling Sedap!

CARA BUAT CHICKEN CHOP CRISPY DI RUMAH

cara buat chicken chop

1.Untuk ayam, hanya tabur :

-Serbuk lada hitam
-Serbuk lada sulah
-Serbuk bawang putih dan sedikit garam.

Buka api perlahan, bakar/goreng hingga ayam keluarkan minyaknya sendiri.

2.Dah garing, terbalikkan. Masukkan kentang.

3.Jaga api, kena sabar. Jangan balik balikkan ayam, biar je betul betul masak satu bahagian baru balikkan bahagian lagi sebelah.

4.Minyak dan kerak-kerak ayam jangan buang, terus masuk butter dan bawang putih. Bawang putih saya parut guna grater, rasa macam lagi senang dari chop. Yang ada chopper tu silakan hiihi. Kita chop manual.

5.Masukkan sedikit cooking cream, mushroom, air (jika perlu sahaja, saya tak masuk). Perasakan dengan Mushroom Seasoning.

6.Dihidang panas panas syok layan!

cara buat chicken chop

*Terliurnya tengok kerangupan kulit ayam dan makan panas-panas!

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Sedap, Kulit Ayam Jadi Berkilat Guna Teknik Celup, Angkat & Rendam!

Sumber: Norhidayah Mohd Aripin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×