Dapur

Kaswi Gedik Kacang Merah, Makan Dengan Kuah Santan Berlemak Memang Padu!

51
SHARES
RESEPI KASWI GEDIK

Asyik makan kuih kaswi pandan sahaja kan? Apa kata cuba resepi kaswi gedik kacang merah pula seperti perkongsian Puan Yana Abu Hussin di laman Facebooknya.

Lebih menarik lagi, kaswi gedik ini boleh juga dimakan bersama kuah santan yang berlemak dan masin. Memang sedap dan tak cukup satu. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Kaswi Pandan Gedik Viral, Lembut & Kenyal Sangat!

RESEPI KASWI GEDIK KACANG MERAH, BERLEMAK & MASIN

RESEPI KASWI GEDIK

Terpulang nak makan dengan kuah santan atau kelapa, dua-dua pun sedap.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawang tepung ubi
  • 2 cawan air biasa atau 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar air kapur
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan kacang merah yang dihancurkan
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah jambu

Cara penyediaan:

1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar di dalam mesin pengisar sehingga sebati.

2. Tuangkan ke dalam adunan dan kukus sehingga masak.

3. Biarkan sehingga sejuk sebelum dihidangkan.

Sekiranya ingin sedikit kelainan dan makan bersama kuah santan. Ini resipinya:

Bahan-bahan kuah santan:

  • cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

1. Masak semua bahan di atas menggunakan api perlahan sehingga mendidih. Kena sentiasa kacau dan kuah akan menjadi kental bila sejuk.

Sedia untuk dihidangkan. Boleh tabur sedikit bijan di atas kuah santan. Memang sedap dan berlemak!

Baca juga: Banyak Lebihan Daging Korban, Cuba Resepi Daging Goreng Cili Padi Limau Ini. Fuhh!

Sumber: Facebook Yana Abu Hussin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×