Dapur

Resepi Cheesekut Viral, Lebih Sedap Bila Letak Sos & Serbuk Ajaib Ini!

36
SHARES

Bila sebut saja nama pencuci mulut ini, penulis yakin ramai yang sudah tahu kerana ia pernah menjadi viral sehingga menjadi ikutan peniaga untuk menjualnya. Cheesekut merupakan pencuci mulut yang digemari ramai dan mudah untuk disediakan.

Buat penggemar cheesekut, mungkin anda sudah terbiasa menikmati rasanya yang lemak berkrim seperti di pasaran. Disebabkan itu, penulis bawakan resepi cheesekut yang mempunyai sedikit kelainan tetapi kesedapannya semakin bertambah seperti dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah. Nak tahu? Jom ikuti resepi di bawah!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus Lazat, Rupanya Ada Bahan Lain Penambah Kesedapan

CAMPURAN SOS KARAMEL DI SETIAP LAPISAN & TABURAN SERBUK NESTUM

Bagi newbie yang belum pernah kenal apa itu cheesekut, nah kau tataplah ini. Bagi yang pernah buat, korang mesti dah lama tak buat kan? Dulu ni kemain lagi, maklumlah tengah viral. Sekarang ni asyik pengat pisang je.

Dah, esok kau cari bahan dan buat. Benda mudah je ni.

TIPS:

Setelah banyak kali buat kek atau cheesekut ni aku dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum. Tak caya cubalah.

RESEPI CHEESEKUT VIRAL

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm Cream Cheese – lagi mahal lagi sedap.
  • 75gm Butter – sama juga yang mahal sedap woihh.
  • 1/2 cawan gula – cap apa pun tak apa.
  • 1 pek Cream Cracker – Hup Seng Cap Ping Pong paling sedap.
  • 2 cawan susu – segar boleh full cream boleh, untuk rendaman biskut nanti.
  • 1/2 cawan Nestum – biasa boleh madu pun sedap.
  • Sedikit serbuk Milo – serbuk koko tak main okay.
  • Susu Pekat atau Sos Karamel.

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sebati sehingga kembang seperti di gambar. Diulang, sebati.

2. Lapik aluminium foil dalam bekas atau loyang. Rendam biskut dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas tadi.

Susu ni jangan baru keluar dari peti, bila sejuk dia susah nak serap masuk dalam biskut. Biarkan pada suhu bilik.

3. Susun cantik cantik. Ruang kecil kau potong biskut tu. Tengok kekemasan macam gambar di bawah.

4. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal. Senipis kulit bawang sudah memadai.

5. Kemudian tuangkan susu pekat, atau sos karamel sebenarnya paling padu kalau ada. Dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo.

Nak tabur nestum dan milo dulu pun boleh kemudian susu atau karamel. Ikut suka, jangan pening-pening.

6. Ulang langkah tersebut sehingga habis cream cheese. Mungkin dapat diantara 4-6 lapisan. Bergantung kepada tahap kenipisan cream cheese yang disapu.

7. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih dan barulah keluarkan dan potong ikut suka hati. Hidang ketika sejuk tau.

Siap!

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×