Dapur

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus Lazat, Rupanya Ada Bahan Lain Penambah Kesedapan

21
SHARES
nasi goreng ikan rebus

Apabila dengar saja nama hidangan ini, penulis jamin pasti anda akan kecur air liur. Kali ini penulis bawakan resepi nasi goreng ikan rebus lazat yang menjadi kegilaan ramai! Terliur bukan? Lebih enak bila dimakan sewaktu ia masih panas dan dijamu sewaktu sarapan pagi atau minum petang.

Ini merupakan salah satu kepelbagaian jenis nasi goreng yang wujud untuk anda cuba masak sendiri dan rasa. Resepi ini telah dikongsikan oleh Cik Ning Haniey. Malah, dalam resepi nasi goreng ikan rebus ini, anda juga boleh memasukkan buah petai sekiranya ingin menambahkan lagi kelazatannya. Selamat mencuba!

Baca juga: Ini Resepi Cili Kisar Boleh Tahan Berbulan, Tak Naik Kulat Putih

NASI GORENG IKAN REBUS HIDANGAN KEGILAAN RAMAI!

Dah masak bau semerbak aromanya!

Nasi goreng ikan rebus dulu pagi ini. Kawan-kawan dah sarapan ke ni, kami baru nak mula. Macam biasa siapkan bahan-bahan.

RESEPI NASI GORENG IKAN REBUS LAZAT

BAHAN-BAHAN A:

  • Telur.
  • Sayur sawi.
  • Nasi putih.
  • Ikan kembung (jenis ikan adalah pilihan).
  • Petai (pilihan nak letak atau tidak).
  • Ajinamoto / secukup rasa.
  • Garam.

BAHAN-BAHAN B:

  • Cili kering
  • Cili padi
  • Udang kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih

CARA PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN:

1. Goreng telur supaya menjadi telur hancur dulu.

2. Tumbuk bahan-bahan B bersama cili padi, lagi pedas lagi sedap. Bahan itu ditumbuk manja-manja. Tidak hancur sangat, lain orang lain caranya ya.

3. Ikan pula perlu direbus. Setelah siap direbus, carikkan isinya dari tulang ikan. Kemudian, pastikan di bahagian isinya tiada tulang-tulang halus yang tertinggal, sekiranya ada buang tulang tersebut.

4. Siang sayur sawi dan basuh bersih sebelum ditoskan.

JOM MULA MASAK!

1. Tumiskan bahan perencah B dalam minyak yang panas sehingga ia betul-betul masak garing.

2. Masukkan pula nasi putih dan garam.

3. Boleh tambah sedikit ajinomoto atau secukup rasa.

4. Kemudian, gaul kesemuanya hingga sebati.

5. Terakhir sekali, masukkan ikan rebus, telur hancur, sayur sawi dan petai tersebut. Petai tu saja nak campur dalam nasi goreng, firs time nak cuba. Kebetulan petai semalam ada lagi baki sikit.

Sumber: Facebook Cik Ning Haniey via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Cik Ning Haniey

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×