“Kena buang biji jambu batu ni. Bahaya…”
Kalau bagi anak-anak makan jambu batu, situasi di atas mesti selalu jadi kan? Ini kerana kita telah ‘dimomok’ dengan fahaman biji jambu batu tidak elok kerana ianya terlalu keras untuk diberi kepada si cilik.
Sebenarnya, biji jambu ada banyak khasiat baik dan boleh selamat jika diberi anak-anak makan. Nak tahu apa? Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan ini.
Baca juga: Tak Payah Pening-Pening, Satu Hidangan Sehari Dah Cukup Untuk Dapat Vitamin C
JANGAN BUANG BIJI JAMBU BATU, ELOK UNTUK ANAK MAKAN
Menurut penjelasan tersebut, biji jambu mempunyai serat yang sangat tinggi dan boleh membantu perjalanan najis anak dengan baik. Selain. itu, jambu batu mempunyai vitamin C yang lebih tinggi dua kali ganda berbanding buah oren.
Selalu kita tak bagi anak makan biji jambu batu. Kita fikir tak boleh makan sebab ianya keras dan tak sesuai untuk anak. Tapi sebenarnya biji jambu batu sangat tinggi dengan serat, dan boleh bantu perjalanan najis anak dengan baik.
Anak yang dapat makanan seimbang, patutnya membuang paling kurang sekali sehari. Kalau tak macam ni, pastikan kita sediakan makanan tinggi serat lebih kerap untuk anak-anak.
Vitamin C dalam jambu batu, dua kali ganda lebih tinggi dari oren tau. Lebih banyak antioksida pulak tu. Bagus sangat kalau kita dapat jadikan jambu batu antara buah mingguan yang patut ada di dapur. Banyak sangat khasiat yang anak-anak boleh dapat.
Ini merupakan antara khasiat buah jambu batu:
1. Najis anak dapat keluar dengan baik dan tak keras atau kena teran selalu sampai muka merah.
2. Imuniti anak kuat dan kurang dapat sakit dan dijangkiti kuman.
3. Badan mereka sihat sebab selalu ambil makanan tinggi antioksida.
4. Kulit anak cantik dan tak kering.
5. Bagus untuk kesihatan mata anak sebab ada kandungan caroteniod.
Pelbagai betul khasiat jambu batu yang anak boleh dapat kalau kita jadikan buah yang wajib ada di dapur paling kurang sekali dalam dua minggu. Ajar anak-anak untuk jadikan habit mereka cari buah bila lapar dan bukan jajan.
Jadi, akan banyak pilihan buah yang kita akan cuba cari untuk ajar anak makan. Banyak lagi pilihan, banyak jugak khasiat yang pelbagai anak akan dapat. Begitu.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan