Dapur

Roti Telur Spesial Guna 1 Bahan Rahsia, Tak Sangka Hasilnya Memang ‘Padu’!

3.8K
SHARES
roti telur spesial

Kalau sebut roti telur memang rata-rata pernah mencubanya kerana cara penyediaannya mudah sahaja. Tetapi roti telur spesial yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi di laman Facebooknya memang lain daripada lain.

Kalau nak tahu, ada satu bahan rahsia yang digunakan untuk menghasilkan roti telur spesial ini. Apa ya agak-agak? Jom baca kalau nak tahu.

Baca juga: Resepi Karipap Kurma Daging, Rangup Sampai Malam!

ROTI TELUR SPESIAL GUNA 1 BAHAN RAHSIA, MEMANG KENA CUBA

1. Guna satu plastik roti benggali. Kalau guna yang segi empat rasanya kurang kick. Potong setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.

roti telur spesial

2. Seterusnya inilah bahan rahsia yang menaikkan rasa roti bakar itu. Wajib guna marjerin jenama di bawah kerana boleh buat roti kita bau wangi berganda.

Sapu marjerin di kedua-dua belah roti. Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.

roti telur spesial

3. Kena sapukan juga marjerin dekat pan terlebih dahulu sebelum dipanaskan.

roti telur spesial

4.  Kalau nak jimat penggunaan telur, boleh tepek dengan garfu macam dalam gambar. Buat kedua-dua belah.

roti telur spesial

5. Kemudian dibakar atas pan yang dipanaskan seketika tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.

roti telur spesial

Siap! Sedia untuk dihidangkan. Boleh tuang susu pekat manis atau taburan gula untuk rasa lebih sedap. Kalau anak makan, pasti mereka akan teringat-ingat!

roti telur spesial

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Siang Sotong Kembang Dengan Betul, Tak Liat & Wangi

Sumber: Facebook Afy Al Habibi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×