Sihat

Ini Cara Pilih Telur & Rupanya Tak Boleh Letak Telur Dekat Pintu Peti Ais

110
SHARES
cara simpan telur

Umum mengetahui isu kekurangan telur ayam di Malaysia dan ramai yang mengambil keputusan membeli dalam kuantiti banyak untuk dijadikan bekalan.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak membiarkan telur tersebut rosak kerana bakteria Salmonella boleh menyebabkan demam, muntah dan cirit.

Baca juga: Nak Hilangkan Lebam Tuam Guna Ais Atau Haba? Ini Jawapan Pakar

CARA PILIH TELUR & RUPANYA TAK BOLEH LETAK TELUR DEKAT PINTU PETI AIS

1. Simpan di peti sejuk

– Telur kuning ada bakteria Salmonella. lanya boleh dibunuh dengan menyimpan di peti ais pada suhu 4°C

– Lebih tahan lama sehingga 4-5 minggu.

2. Jangan letak di pintu peti sejuk

– Suhu pintu dekat dengan suhu luar. Pintu sentiasa buka tutup.

– Suhu berubah-ubah boleh memendekkan jangka hayat telur.

3. Gunakan bekas asal telur

– Bekas ori lindungi telur dari pecah.

– Boleh mencegah telur dari menyerap bau dan rasa dari bahan lain yang ada dalam peti ais.

– Tarikh luput terpapar dan rasa yakin telur masih elok.

– Telur kuning akan sentiasa berada di tengah dengan posisi tersebut.

Jangan makan sekiranya ada tanda-tanda telur rosak. Boleh menyebabkan demam, muntah, cirit dan kematian.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×