Dapur

Resepi Mi Segera Asam Laksa Homemade, Tak Sama Macam Biasa!

46
SHARES
Mi Segera Asam Laksa

Siapa pernah makan mi segera asam laksa tetapi tanpa menggunakan perencah yang disediakan dalam paket? Kalau anda nak tahu, boleh sahaja buat sendiri rencah tersebut seperti yang dilakukan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Rasanya lebih ‘terangkat’ dan boleh mengikut cita rasa masing-masing. Nak tahu resepinya? Kena baca perkongsian di bawah. Boleh juga dijadikan menu untuk hidangan tetamu datang. Sedap!

Baca juga: Nampak Sama Warna Merah Tapi Sebenarnya Ada Banyak Jenis Cili Kering

RESEPI MI SEGERA ASAM LAKSA HOMEMADE, MEMANG TERANGKAT

Bahan-bahan: 

  • 1 pek mi segera
  • 1 ekor ikan (pelaling/kembung/selar)
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 helai daun pudina
  • 1-2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil petis/otak udang
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Rebus ikan, cili merah, setengah bawang merah, dan bawang putih sampai ikan masak dan ramuan lain lembut.

Mi Segera Asam Laksa

2. Keluarkan ramuan yang direbus, dan kisar sehingga halus. Kalau tak nak rebus, nak kisar terus pun boleh.

3. Kisar isi ikan tetapi jangan halus sangat. Kalau halus sangat, tekstur kuah tu tak hambar. Saya juga tinggalkan ¼ isi ikan yang tak dikisar, untuk dihidang nanti.

Mi Segera Asam Laksa

4. Kemudian masukkan semula bahan yang telah dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi. Reneh sampai mendidih.

Mi Segera Asam Laksa

5. Asam keping pula habis. Terpaksa guna pes asam jawa. Bolehlah, asalkan masam dan menyengat kelenjar air liur nanti. Jangan lupa perasakan juga dengan garam dan gula.

Mi Segera Asam Laksa

6. Masukkan daun kesum. Kalau ada bunga kantan, masukkan sekali. Kalau tak ada daun kesum, kemungkinan besar asam laksa akan jadi tak sedap.

Mi Segera Asam Laksa

7. Akhir sekali, masukkan mi segera. Jangan celur sampai lembut sangat. Laksa asam ni sedap kalau mi dia masih kental.

Mi Segera Asam Laksa

Letak hirisan timun dan bawang, potongan cili padi, daun pudina, dan sedikit petis. Peh, memang syahdu! Terutamanya bila ada isi ikan sekeping macam tu.

Mi Segera Asam Laksa

Sedapnya! Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×