Dapur

Jemu Makan Ayam Setiap Hari? Jom Cuba 5 Koleksi Resipi Ikan Ini. ‘Confirm’ Tambah Nasi!

33
SHARES
resepi ikan

Bulan Ramadhan ini, mesti meja makan penuh dengan pelbagai juadah. Antara menu yang selalu menjadi pilihan adalah ayam. Tetapi, kalau hari-hari makan ayam mestilah akan naik jemu, kan? Apa kata cuba pelbagaikan lauk-pauk atas meja itu dengan mencuba resepi ikan pula pada kali ini?

“Ayam lagi? Ibu, cubalah masak resepi lain pula hari ini.”

Pernah dengar anak anda merungut yang dia sudah jemu dengan ayam? Ini petanda anda perlu cuba menu baharu untuk menarik minat mereka lebih-lebih dalam bulan Ramadhan ini. Dijamin mereka lebih bersemangat menantikan waktu berbuka nanti. Sebenarnya, banyak jenis menu yang boleh anda masak dengan ikan.

Jadi, jom ikuti penulis berkongsi resepi ikan yang boleh anda cuba untuk berbuka dan sahur nanti!

Baca juga: Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Restoran Thai, Baru Padu!

5 KOLEKSI RESEPI IKAN,  PASTI MAKAN SAMPAI JILAT JARI!

resepi ikan

1. Ikan Tenggiri Masak Cuka

Bahan-bahan:

  • 2-3 ketul isi ikan
  • 10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu biji sawi
  • Sedikit halia
  • 2 sudu cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak (untuk tumis)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng ikan tapi jangan sampai garing sangat.
  3. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Apabila minyak panas, tumis biji sawi.
  4. Masukkan bawang kecil dan bawang putih.
  5. Masukkan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan cuka, garam, gula dan cili padi.
  6. Biar sekejap dan angkat. 
  7. Ikan tenggiri masak cuka sedia untuk dihidang!

resepi ikan

2. Ikan Masak Kuah Pekat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Lada hitam biji
  • Pes asam jawa sesudu kecil
  • Kicap mudim satu sudu
  • Bawang besar, cili merah, cili padi hiris
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Goreng ikan.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam biji.
  3. Masukkan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai wangi.
  4. Letak air sedikit.
  5. Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap, masukkan gula sedikit.
  6. Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.
  7. Ikan masak kuah pekat siap untuk dihidang!

resepi ikan

3. Ikan Percik

Bahan-bahan perap ikan:

  • 5 ekor ikan kembung
  • 2 batang serai*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 1/2 inci kunyit hidup*

Bahan-bahan untuk kuah percik:

  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 hiris nipis halia
  • Secubit belacan
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Cara penyediaan ikan:

  1. Basuh ikan dengan bersih dan kelar.
  2. Untuk bahan bertanda ‘*’, hiris nipis dan masukkan dalam tabung pengisar.
  3. Kemudian, tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
  4. Kisar hingga lumat.
  5. Lumur rata bahan kisar pada ikan.
  6. Perap selama 20 minit. 

Cara penyediaan kuah percik:

  1. Kisar semua bahan sehingga lumat.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk.
  3. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. (Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)
  4. Tambahkan 1 senduk air kosong.
  5. Masuk 1 1/2 sudu besar cili kisar.
  6. Guna ciri kering saiz paling besar. Tak pedas dan warna pun merah cantik.
  7. Letak periuk atas dapur kemudian buka api perlahan.
  8. Perahkan sehiris limau nipis.
  9. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal. (Kuantiti rasa terpulang kepada cita rasa sendiri/masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat).
  10. Kacau kuah dengan api sederhana besar dan tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
  11. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

Cara penyediaan ikan percik:

  1. Bakar ikan di atas bara api.
  2. Jangan bakar sehingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
  3. Angkat seketika pemanggang ikan.
  4. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.
  5. Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.
  6. Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.
  7. Ikan percik siap untuk dihidang!

resepi ikan

4. Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:

  • Ikan patin
  • Kunyit hidup
  • Cili padi
  • Tempoyak
  • Garam
  • Asam keping (kalau tempoyak sudah cukup masam, tak letak pun tak apa)
  • 1 1/2 gelas air
  • Daun kunyit (potong halus)

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi, biar mendidih. Masukkan tempoyak.
  3. Tunggu sampai mendidih. Kemudian, masukkan ikan.
  4. Kecilkan api, renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak.
  5. Masukkan daun kunyit.
  6. Kalau kuah sudah pekat, tutup api dan siap. 
  7. Ikan patin masak tempoyak siap untuk dihidang!

resepi ikan

5. Ikan Kukus Sambal Thai

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap (lumur dengan garam kemudian kukus sampai masak)
  • Bawang merah, halia, bawang putih dicincang halus
  • Daun limau purut, cili dan bunga kantan (cili dan bunga kantan dihiris halus)
  • 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu cili kisar, 1 sudu kicap manis dan sedikit sos ikan
  • Air perahan limau

Cara penyediaan:

  1. Tumis cili kisar hingga masak.
  2. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, tomato, tiram, kicap manis dan sos ikan. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan bunga kantan, cili dan daun limau purut.
  5. Masukkan perasa dan masukkan air kukus ikan tadi dengan air perahan limau.
  6. Jika sambal sudah siap, tuang ke atas ikan.
  7. Ikan kukus sambal thai siap untuk dihidang! 

Kini, anda berpeluang menvariasikan juadah anda ketika ramadhan ini. Tiada lagi menu yang sama setiap hari. Selamat Mencuba!

Sumber: Facebook Lubuk Resepi Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×