Dapur

Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa ‘Sebijik’ Macam Di Restoran Thai, Baru Padu!

333
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran masakan Thai, antara menu yang menjadi pilihan sudah semestinya ikan masak 3 rasa. Bukan sahaja sesuai digandingkan dengan apa sahaja jenis ikan, menu ini juga mendapat tempat di hati orang ramai kerana sedap dimakan bersama nasi.

Tetapi, bila masak menu ini di rumah lain pula rasa tidak seperti makan di restorang Thai. Jadi, ini perkongsian resepi masak 3 rasa yang anda boleh cuba supaya rasa sama seperti apa yang dipesan di restoran!

Resepi Bawal 3 Rasa

Menu hari ni “Bawal 3 Rasa” saya share resepi untuk korang mencuba, nak makan kedai mahal..kita biasa-biasa masak jela sendiri. Kos ikan baru RM 15 je seekor…part nenas tu seeloknya guna nenas fresh ye, aroma dia yang buat masakkan 3 rasa korang bertambah sedap.

1. Ikan Bawal, (tak kisah ikan apa pon boleh) cuci gaul garam goreng sampai garing..dah masak ketepikan dalam bekas hidangan.

Untuk kuah Bawal 3 Rasa

1. Cili kering dblend (sikit je tau dalam 2 sudu besar camtu)

2.Sos cili, Sos tomato, Sos tiram, Sos Ikan, Jus limau ( semua tiada sukatan agak je)

3.Bawang putih ketuk ketuk

4. Bawang besar@holand (potong dadu)

5.Nenas & tomato (dipotong-potong)

6. Cili api (dipotong-potong)

7. Serai (dihiris)

8.Daun ketumbar (hiasan)

1.Panaskan minyak, pastikan minyak tak terlalu banyak..nanti tak jadi 3 rasa korang serupa sambal lak minyak melanus,

2.Masukkan bawang putih, cili kering & segala sos diatas..masukkan sedikit air, kemudian masukkan jus limau, pastikn gula garam terasa.

3.Tambahkan sedikit serbuk perasa, last masukkn bawang besar, nenas, cili api & serai kacau dalam beberapa minit tetap api..kemudian masukkn kuah kedalam ikan yang disediakan..hias dengan daun ketumbar..siap selamat mencuba.

Sumber: Suisan Aliezsha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×