Sihat

Bukan Hanya Untuk Masakan, Tapi Ada Banyak Khasiat Asam Keping Untuk Kesihatan!

7
SHARES
khasiat asam keping

Asam keping antara bahan yang memainkan peranan penting dalam masakan terutamanya hidangan masak lemak cili api. Tanpa asam keping, pasti hidangan akan tidak tahan lama dan juga berbau hanyir. Tetapi, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat asam keping untuk kesihatan seseorang di samping berfungsi dalam masakan?

Asam keping ialah buah yang mempunyai banyak manfaat dan khasiat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja, anda dapat kurus dengan asam keping malah ia juga boleh merawat sakit perut berkaitan kehamilan. Jadi, ikuti perkongsian penulis mengenai 10 khasiat asam keping yang anda tak pernah tahu!

Baca juga: Kurang Sakit Kepala & Kempis Perut Dalam 2 Minggu. Wanita Ini Kongsi Petua Minum Air Asam Keping

10 KHASIAT ASAM KEPING

1. Cegah sakit jantung

Khasiat asam keping yang penting adalah ia mencegah jantung anda dari serangan penyakit. Contohnya, penyakit jantung koroner. Buah ini akan melindungi organ jantung anda dari dalam sehingga akan lebih sentiasa sihat.

2. Atasi demam

khasiat asam keping

Ubat demam yang semulajadi boleh anda cuba ialah mengambil buah asam keping. Jika anda demam, rebus buah ini terlebih dahulu kemudian ambil air hasil rebusannya sampai penyakit anda surut.

3. Anti kanser

Jika dimakan dengan teratur, asam keping boleh menjadi anti ketumbuhan. Buah ini adalah baik untuk menyihatkan sel tubuh dan membuang sel yang rosak demi mencegah pertumbuhan kanser dalam badan anda.

4. Kurangkan kolesterol jahat

Selain berguna untuk diet, asam keping juga dapat mengikat kolesterol jahat dan membuangnya dari tubuh. Kolesterol jenis inilah yang berbahaya bagi orang berbadan gemuk kerana menjadi penyebab kepada penyakit yang dimulai dari kegemukan.

5. Atasi berat badan berlebihan

khasiat asam keping

Salah satu khasiat asam keping yang terkenal ialah ia mampu menangani berat badan yang berlebihan. Asam keping kerap dijadikan sebagai ubat herba yang boleh mengatasi kegemukan berpunca daripada lemak yang melekat di tubuh.

6. Ubat kencing manis

Khasiat asam keping yang lain ialah ia mampu menjadi ubat untuk penyakit kencing manis. Asam keping akan bekerja membersihkan saluran kencing anda dari bakteria sehingga penyakit kencing manis boleh cepat disembuhkan secara alami tanpa kesan sampingan yang merbahaya.

7. Anti ketumbuhan

Sebelum ketumbuhan ganas menyerang tubuh badan anda, alangkah baiknya jika anda terhindar dari penyakit ini dari awal. Asam keping akan melambatkan pertumbuhan ketumbuhan dengan semulajadi.

8. Tambah nafsu makan

khasiat asam keping

Untuk anak yang tidak mempunyai nafsu makan atau anda sendiri yang tidak mempunyai selera, asam keping dapat membantu. Buah ini akan merangsang tubuh anak dengan meningkatkan nafsunya supaya tidak kekurangan apa-apa gizi pun.

9. Ubat penyakit cacing

Khasiat lain asam keping adalah ia turut boleh dijadikan ubat untuk penyakit cacing. Asam keping boleh membunuh cacing atau bakteria yang menyebabkan penyakit cacing  di mana kebiasaaannya ia menyerang organ pencernaan anda. Malah, pencernaan anda akan kembali lancar jika mengambil buah ini.

10. Turun darah tinggi

khasiat asam keping

Antara khasiat asam keping yang efektif adalah untuk penderita hipertensi atau darah tinggi. Kandungan asam keping dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi sehingga membuatkannya lebih stabil dan tidak membahayakan tubuh pesakit.

Tak sangka kan asam keping dalam masakan itu sebenarnya boleh beri banyak manfaat untuk kesihatan seseorang? Itulah khasiat asam keping yang perlu anda tahu. Khasiatnya membuatkan asam keping lebih ‘special’ berbanding buah lain. Apa lagi, jom ‘try’!

Sumber: Facebook Urutan Perbidanan Tradisional Via kongsi resepi + petua + hiasan + taman kebun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×