Sihat

Kurang Sakit Kepala & Kempis Perut Dalam 2 Minggu. Wanita Ini Kongsi Petua Minum Air Asam Keping

110
SHARES

Asam keping berasal dari pohon Asam Gelugor (nama sainsifik Garcinia atroviridis).

Pokok ini tumbuh dengan ketinggian lebih dari 20m. Daunnya berwarna hijau tua dan berkilat.

Bunganya berwarna merah tua. Buah asam gelugur berbentuk bulat dan yang masak berwarna kuning, kemudian dihiris dan dikeringkan.

Yang dikeringkan inilah yang dikenali sebagai asam keping.

Ianya digunakan dalam masakan kari dan masakan lain.

Baca juga: Resepi Ikan Rebus Air Asam Yang Buat Kecur Air Liur! Simple Je Nak Buat

asam gelugur asam keping

Kredit gambar: mStar.com.my

Khasiat Asam Keping & Kegunaannya

Asam keping telah digunakan secara turun-temurun dalam membantu mengawal berat badan.

Buahnya mengandungi citric acid, tartaric acid, malic acid, ascorbic acid dan hydroxycitric acid serta flavonoids.

Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol.

Di Asia Tenggara, rebusan daun dan akar pokok asam keping kadang-kadang digunakan untuk rawatan batuk, kelemumur, sakit telinga, sakit perut yang berkaitan dengan kehamilan, dan kerengsaan tekak.

Asam keping turut digunakan untuk memperbaiki peredaran darah dan ada yang menggunakannya sebagai losyen dengan cuka untuk menggosok perut wanita selepas berpantang.

Baca juga: Rupanya Ini 5 Sebab ‘Green Tea’ Boleh Buat Kita Cepat Kurus! (Dan 11 Lagi Kebaikan Teh Hijau)

khasiat minum air asam keping

Petua Minum Air Asam Keping

Melalui sebuah posting di Facebook, saudari Sahiza Mohd berkongsikan pengalamannya mengamalkan petua minum air asam keping.

Katanya dia saja mencuba minum air asam keping ni sebab selalu sakit kepala. Selepas 2 minggu, katanya sakit kepala dah kurang dan secara ‘tak sengaja’ berat badan pun makin turun daripada 65kg kepada 60kg.

Caranya:

  • Rendam 1/2 keping asam gelugur /asam keping dengan air panas sebelum tidur malam.
  • Bangun pagi minum air rendaman asam keping ni sebelum sarapan.

Ini perkongsian beliau selengkapnya:

Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPING sebab selalu sakit kepala sebab doktor kata aku ada darah tinggi, migrin, resdung.

Tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tuh pastu amalan setiap pagi berat badan pun makin turun. jadi makin slim dan perut kempis. dari berat 65 kini 60 kg mana tidokmya habis lemok lemok perut keluar tapi bukanlah cirit ye . so bagi yang nak kurus tu blh amal benda ni

petua asam keping

patut ah org dulu dulu selalu amal benda ni sebab bgus utk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. yang perut buncit akan jadi kempis. badan pun rasa segar je.

cara dia mudah je rendam 1/2 keping asam gelugur/keping dengan air panas sebelum tidur malam. bangun pagi minum air rendaman ni sebelum makan pagi.

*Sumber: Sahiza Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×