Sihat

Rupanya Ini 5 Sebab ‘Green Tea’ Boleh Buat Kita Cepat Kurus! (Dan 11 Lagi Kebaikan Teh Hijau)

205
SHARES

“Orang kata kalau minum teh hijau ni boleh kurus. Betul ke?”

Kalau korang perasan, ramai orang yang dalam misi untuk kurus biasanya akan minum teh hijau aka green tea.

Walaupun ia popular sebagai minuman diet, sebenarnya teh hijau ni telah digunakan secara tradisional terutamanya oleh orang Cina sejak dahulu lagi untuk tujuan kesihatan.

So, sebenarnya bagaimana teh hijau ni boleh membantu seseorang untuk kurus?

Jom kita fahamkan lebih lanjut tentang kebaikan teh hijau ini.

5 Kebaikan Teh Hijau Untuk Diet & Kuruskan Badan – Berdasarkan Kajian

Teh hijau dibuat dari daun tanaman camellia sinensis.

Daunnya dipetik, dilayukan sedikit, kemudian segera dimasak untuk mengekalkan kualiti hijau dan mencegah pengoksidaan.

Hasil daripada kaedah ini, teh hijau mempunyai kepekatan klorofil, polifenol, dan antioksidan yang jauh lebih tinggi daripada jenis teh lain.

Menurut Healthline.com, ini adalah antara sebab bagaimana teh hijau boleh membantu kita untuk turunkan berat badan.

1. Teh Hijau Mengandungi Bahan Yang Membantu Turunkan Berat Badan

Daun teh hijau mengandungi pelbagai kompaun yang bermanfaat untuk tubuh, termasuklah untuk membantu menurunkan berat badan.

Salah satu komponen utama dalam teh hijau adalah kafein, di mana kafein telah dibuktikan dapat membantu pembakaran lemak dan meningkatkan prestasi senaman dalam banyak kajian.

Kajian juga menunjukkan bahawa minum secawan teh hijau meningkatkan jumlah antioksidan dalam aliran darah.

Salah satu komponen penting dalam antioksidan ini adalah epigallocatechin gallate (EGCG), iaitu sejenis bahan yang dapat meningkatkan metabolisme.

http://www.stylecraze.com/

2. Teh Hijau Mampu Memecahkan Lemak

Untuk membakar lemak, badan kita mesti memecahkannya terlebih dahulu di dalam sel lemak dan kemudian memindahkannya ke dalam aliran darah.

Kajian menunjukkan bahawa sebatian aktif dalam teh hijau dapat membantu proses ini dengan meningkatkan kesan beberapa hormon pembakar lemak, seperti norepinephrine (noradrenaline).

Antioksidan utama dalam teh, iaitu EGCG tadi, dapat membantu menghambat enzim yang memecah hormon norepinephrine ini.

Apabila enzim ini dihambat, jumlah norepinephrinemeningkat, lalu mendorong pemecahan lemak.

Oleh sebab itu, lebih sel lemak yang dipecahkan, kemudian dilepaskan ke aliran darah untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel seperti sel otot.

[ Baca juga : Badan ‘Naik’ Bukan Sebab Bahagia, Tapi Sebenarnya Stres. Ini 6 Buktinya ]

3. Teh Hijau Meningkatkan Pembakaran Lemak

Kalau korang perasan, banyak produk dan suplemen pembakar lemak menggunakan kelebihan teh hijau sebagai salah satu bahan istimewanya.

Ini kerana ekstrak teh hijau telah berulang kali dikaitkan dengan peningkatan pembakaran lemak, terutama semasa bersenam.

Dalam sebuah kajian, lelaki yang mengambil ekstrak teh hijau sebelum bersenam membakar lemak 17% lebih banyak daripada lelaki yang tidak mengambil makanan tambahan. Kajian menunjukkan bahawa khasiat teh hijau dapat meningkatkan kesan pembakaran lemak melalui senaman.

Kajian-kajian lain juga mendapati catechins dan EGCG yang terdapat dalam teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak, baik semasa bersenam mahupun dalam keadaan rehat sera membantu penurunan lemak dalam jangka masa panjang.

tak cukup tidur

Foto Kredit: berkeleywellness.com

4. Teh Hijau Meningkatkan Kadar Metabolisme Tubuh

Tahu tak, sebenarnya sama ada kita sedang tidur atau duduk, sel kita menjalankan berjuta-juta fungsi yang memerlukan tenaga dan ini bermaksud badan kita sentiasa membakar kalori.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak teh hijau atau suplemen EGCG dapat membuatkan tubuh kita membakar lebih banyak kalori – walaupun pada waktu rehat.

Beberapa bukti turut menunjukkan bahawa kesan peningkatan metabolisme berterusan dalam jangka masa panjang.

Dalam satu kajian pada 60 individu gemuk, mereka yang mengambil ekstrak teh hijau kehilangan 7.3 paun lebih banyak (3.3 kg) dan membakar 183 lebih banyak kalori sehari selepas 3 bulan mengamalkannya, berbanding mereka yang tidak mengambil ekstrak tersebut.

Namun, perlu diingat bahawa tidak semua kajian menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau meningkatkan metabolisme. Kesannya mungkin bergantung pada individu.

http://frompaintowellness.com/

5. Teh Hijau Membantu Mengawal Selera Makan

Salah satu kelebihan teh hijau adalah ia dapat membantu mengurangkan selera makan.

Mungkin disebabkan rasanya yang pahit, ia tidak memberi kesan ketagihan atau cravings seperti mana minuman manis yang lain.

Oleh sebab itu, seseorang mampu mengawal selera makan apabila menukar minuman manis dengan teh hijau tanpa gula.

[Baca juga : 9 Sebab Kita Rasa Tak Kenyang Dan Asyik Nak Mengunyah ]

Lain-lain Khasiat dan Kelebihan Green Tea

Antara lain-lain kelebihan teh hijau adalah:

  1. Mengandungi Antioksidan
    Teh hijau mengandungi antioksidan polifenol yang mencegah penuaan pramatang.
    Antioksidan ini juga secara proaktif melindungi sel dari kerosakan yang boleh menyebabkan sejumlah penyakit kronik, menjadikannya makanan yang menawarkan perlindungan kesihatan yang luas.
  2. Melindungi Daripada Kanser
    Tumbuhan ini melindungi daripada kerosakan yang dapat membantu pertumbuhan sel yang tidak terkawal, yang menyebabkan mutasi barah. Kesan anti-angiogenesis yang membantu mencegah penambahan lemak juga berfungsi untuk menyekat barah daripada merebak.
  3. Membantu Mengawal Dan Mencegah Diabetes
    Kajian mendapati teh hijau dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah dan kepekaan insulin pada manusia.
  4. Meningkatkan Ketumpatan Tulang
    Antioksidan dalam teh hijau terbukti melindungi kehilangan kekuatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang. Kajian mendapati bahawa pengambilan teh hijau memberi manfaat kepada kesihatan tulang dengan meningkatkan kekuatan dan kualiti tulang.
  5. Dikaitkan Dengan Umur Yang Panjang
    Sel peminum teh hijau didapati mempunyai usia biologi yang lebih muda daripada yang tidak minum, iaitu sekitar lima tahun. Penyelidikan di Jepun juga menunjukkan bahawa peminum teh hijau hidup lebih lama.
  6. Membantu Kesihatan Jantung
    Teh hijau terbukti dapat melindungi jantung dengan mengurangi kolesterol total, LDL “buruk”, tekanan darah, dan trigliserida. Ia juga mencegah pengoksidaan LDL, proses yang mencetuskan kesan yang menyumbang kepada pengerasan arteri dan penyakit jantung. Pengambilan minuman yang lebih tinggi juga dikaitkan dengan risiko strok yang lebih rendah.
  7. Ritual Santai
    Menghirup teh membantu anda berehat. Bahan kimia semula jadi yang disebut theanine yang terdapat dalam teh hijau dapat memberikan kesan yang menenangkan.
  8. Mencegah Alzheimer dan Parkinson
    Teh hijau dikatakan dapat menunda kemerosotan sel otak yang disebabkan oleh Alzheimer dan Parkinson. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa teh hijau melindungi sel otak daripada mati dan memulihkan sel otak yang rosak.
  9. Mencegah Kerosakan Gigi
    Kajian menunjukkan bahawa antioksidan kimia catechin dalam teh dapat memusnahkan bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan tekak, karies gigi dan masalah pergigian lain.
  10. Bersifat Anti-virus & Anti-bakteria
    Catechin dalam teh juga adalah agen antibakteria dan antivirus yang kuat yang menjadikannya berkesan untuk merawat penyakit dari selesema hingga barah. Dalam beberapa kajian teh hijau telah terbukti menghalang penyebaran banyak penyakit.
  11. Mengurangkan Kadar Kolesterol
    Teh hijau dapat mengurangkan kolesterol tidak baik dalam darah dan menambahbaikkan nisbah kolesterol baik dan tidak baik.

Banyaknya Manfaat Teh Hijau Kan?

Memang banyak betul kelebihan teh hijau untuk diet dan untuk kesihatan secara umumnya.

Walau bagaimanapun, kebaikan teh hijau hanya akan bermanfaat apabila anda juga mengamalkan kaedah penurunan berat badan yang sihat tau.

Khasiat teh hijau yang digunakan bersama kaedah ini dapat meningkatkan hasil positifnya.

Jadi, bersenamlah secara teratur dan makan makanan yang sihat dengan banyak sayur-sayuran kerana ini adalah strategi penurunan berat badan yang sangat berkesan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×