Sihat

9 Sebab Kita Rasa Tak Kenyang Dan Asyik Nak Mengunyah

159
SHARES

“Apasal la aku ni rasa nak mengunyah je. Padahal tadi baru je makan tengah hari.”

Susah betul rasanya nak mengawal diri daripada terlebih makan. Kadang-kadang kita juga boleh jadi tak perasan yang perkara ini dah menjadi tabiat tidak sihat yang kita lakukan setiap hari. Lebih menakutkan, negara kita mengungguli carta obesiti di rantau Asia dengan rekod 38.5% daripada rakyatnya mempunyai berat badan berlebihan.

Selain gaya hidup dan terkenal dengan syurga makanan, sebenarnya ada faktor sains yang boleh dikaitkan dengan punca seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan.

9 Punca Terlebih Makan Dari Sudut Sains

1. Tekanan / Stres

Mungkin tanpa disedari tekanan yang datang daripada kerja atau di rumah membuatkan diri lebih cenderung untuk makan makanan yang kurang sihat. kajian mendapati badan bertindak sedemikian kerana kekurangan hormon serotonin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa tenang dan gembira. Jadi, badan memberi respon untuk makan ‘comfort food’ seperti pasta atau roti yang tinggi karbohidrat untuk meningkatkan paras hormon serotonin dalam badan.

Perkara ini terjadi kerana sewaktu individu sedang stres, hormon kortisol iaitu hormon stres berada pada paras yang tinggi dalam badan dan menyebabkan kita berasa untuk makan dengan banyak. Hormon ini memberi isyarat kepada otak bahawa kita tidak kenyang walaupun pada ketika itu kita tidak berasa lapar.

tak cukup tidur

Foto Kredit: gethealthy.education

2. Obesiti

Makan secara berlebihan boleh mengakibatkan obesiti. Tetapi pada masa yang sama, obesiti juga boleh menyebabakan seseorang untuk makan lebih daripada kadar yang diperlukan. Kajian mendapati bahawa lemak berlebihan di dalam badan membuatkan tahap insulin dalam badan menjadi tinggi dan seterusnya membuatkan seseorang cenderung untuk makan secara berlebihan.

Bukan itu sahaja, sel lemak pada badan juga membuatkan badan kurang sensitif pada hormon leptin iaitu hormon yang memberi isyarat rasa kenyang atau puas. Corak pemakanan orang obesiti juga didapati kurang sihat berbanding individu yang mempunyai BMI seimbang kerana lemak mempunyai hormonnya tersendiri yang membuatkan seseorang cepat lapar dan seterusnya mempengaruhi kadar pemakanan seseorang.

Foto Kredit: vedicus.com/

3. Hipoglycemia

Paras gula rendah dalam badan boleh berpunca daripada tabiat yang tidak sihat seperti suka ‘skip’ waktu makan atau masalah pada organ dalaman seperti pankreas. Apa jua puncanya, pada ketika kandungan gula dalam darah rendah, perut terasa lapar dan menandakan badan perlukan nutrisi.

Ini merupakan cara otak memberi isyarat untuk makan untuk mengimbangi kadar gula dalam badan. Dapatkan nasihat doktor supaya anda dapat mengamalkan corak pemakanan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Elakkan makanan dan minuman bergula

Elakkan makanan dan minuman bergula

4. Diabetes

Kandungan gula dalam darah perlu berada dalam tahap optimum. Kalau terlalu rendah boleh menyebabkan hypoglycemia, kalau terlalu tinggi pula boleh akibatkan diabetes. Mungkin ada sesetengah individu yang mahu menangani hypoglycemia tetapi jika tidak kena pada caranya boleh berisiko terhadap diabetes pula.

Individu yang kurang gula dalam badan mudah rasa lapar, manakala yang terlebih gula dalam badan pula lebih cenderung untuk mengidam makan macam-macam. Oleh itu, adalah penting untuk kita menangani rasa lapar dengan makan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan bagi memastikan paras gula dalam badan berada pada tahap normal di samping dapat mengawal pemakanan.

Tanda kencing manis

5. Datang Bulan

Ketika wanita berada dalam keadaan haid, badan mudah terasa lenguh dan lebih kerap berasa haus. Hal ini kerana pada waktu itu, badan memerlukan banyak tenaga bagi memastikan kitaran haid berjalan dengan lancar.

Perubahan hormon pada badan juga membuatkan wanita lebih berselera untuk makan lebih-lebih lagi makanan yang tidak sihat. corak hormon yang berubah membuatkan otak memberi isyarat untuk makan makanan kalori tinggi untuk mendapatkan bekalan tenaga yang lebih banyak.

Foto Kredit: evoke.ie/

6. Pengambilan Ubat

Peningkatan dalam selera makan mungkin juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat yang diambil. Lebih-lebih lagi ubat antidepressant, steroid untuk penyakit lupus dan alergi atau ubat anti-sawan. Namun, jangan berhenti mengambil ubat tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Jika kesan sampingannya merisaukan anda, minta saranan daripada doktor sekiranya boleh bertukar jenis ubat yang diambil. Mungkin doktor boleh menyarankan alternatif ubat lain yang kurang kesan sampingannya.

kesan makan pil perancang

Foto Kredit: netdoctor.co.uk

7. Kurang Minum Air

Perut yang lapar mungkin juga disebabkan oleh badan yang kekurangan air. kajian juga membuktikan bahawa ramai yang salah anggap dan tidak dapat membezakan antara isyarat lapar atau haus.

Bagi melatih diri supaya badan kekal hidrat, pakar mencadangkan untuk minum segelas air suam pada awal pagi dan membawa bekal air kosong sebanyak 1.5 ke 2,5 liter untuk dihabiskan dalam masa sehari.

Elakkan minuman bergula sekerap mungkin supaya badan dapat mengenal pasti dengan lebih mudah sama ada rasa haus atau lapar supaya tidak terlebih makan.

Foto Kredit: ivetta.ua

8. Kurang Tidur / Insomnia

Tidur yang cukup bukan sahaja penting supaya badan berasa lebih rehat dan tenang tetapi penting untuk memastikan proses dalam badan berjalan dengan lancar. Tanpa tidur yang cukup sekitar 7 ke 8 jam, hormon grehlin iaitu yang memberi tindakbalas lapar semakin tinggi dalam badan.

Hal ini membuatkan diri rasa cenderung untuk makan berlebihan sebaik sahaja bangun dari tidur.  Individu yang kekurangan tidur juga lebih cenderung untuk makan melebihi daripada kadar yang diperlukan. Pakar turut menerangkan bahawa kekurangan tidur dan hormon yang tidak seimbang ini juga berkait rapat dengan stres.

Foto Kredit: inc.com

9. Hyperthyroidism

Ada juga sesetengah situasi di mana seseorang tersebut mula makan secara berlebihan tetapi berat badan tetap menurun. Walaupun perkara ini dianggap baik tetapi ia mungkin memberi isyarat kepada penyakit dalam badan.

Individu yang mengalami perkara ini mungkin terdedah kepada penyakit hyperthyroidism. Penyakit ini menyebabkan nafsu makan seseorang bertambah kerana kelenjar tiroid yang berfungsi secara lebih aktif. Kelenjar tiroid yang terlebih aktif membuatkan sistem badan seseorang berfungsi dengan lebih cepat.

Kesannya, badan menjadi cepat lapar kerana tahap metabolisme yang tinggi. Tambahan pula, tiroid  memberi kesan kepada rasa kenyang seseorang jadi anda mungkin sukar untuk mencapai kepuasan ketika makan dan rasa mengidam yang susah untuk dipuaskan. Ujian bagi mengetahui status hormon tiroid  boleh didapati di klinik kesihatan dan hospital kerajaan dan swasta.

hilangkan sakit tekak

Jangan Terlalu Mengikut Nafsu

Apabila kita sudah faham bagaimana tubuh badan memberi respon kepada paras hormon dan kadar gula yang tidak menentu, kita pasti lebih bijak untuk menangani rasa keinginan untuk makan dengan kaedah yang lebih sihat. Selain itu, seseorang juga perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari supaya tidak terpedaya dengan isyarat badan yang sering mendorong kita untuk makan walaupun tidak lapar.

Tidur yang mencukupi pada waktu malam juga penting supaya seluruh badan mendapat rehat yang cukup dan kadar hormon yang lebih seimbang untuk memulakan hari baru. Memiliki berat badan yang ideal juga penting untuk memastikan kesihatan terjaga di samping dapat meningkatkan keyakinan diri. oleh itu, pengamalan gaya hidup sihat harus dititikberatkan supaya kita dapat hidup dengan lebih sihat

 

Sumber: Reader’s Digest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×