Sihat

Ramai Tak Tahu, Ini 8 Tabiat Tidur Yang Buat Anda Cepat Gemuk

6.1K
SHARES
punca gemuk malam

“Ish, tahu-tahu je naik 5 kg. Apa yang aku makan ni? Rasanya tak adalah ‘melantak’ pun, makan di luar pun jarang. Stres! Apa punca gemuk aku ni sebenarnya?”

Hairan dan pelik bukan apabila berat badan anda tiba-tiba menaik tanpa sebarang sebab? Walaupun ada yang telah berusaha untuk menurunkan berat badan, tapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Mungkinkah anda melakukan salah satu daripada tabiat ini?

tanda kehamilan kembar

Foto Kredit: marycrimmins.com

8 Tabiat Tengah Malam Yang Menjadi Punca Gemuk

Mungkin punca gemuk anda bukan disebabkan anda terlalu banyak makan benda yang berlemak atau manisan. Sebaliknya, cuba periksa tabiat waktu tengah malam ini.

1. Tidur Tak Teratur

Tahukah anda, tidur anda tak teratur atau tak cukup tidur, ia akan menjejaskan kadar metabolisme tubuh. Sebuah kajian dilaporkan melalui laman web kesihatan Health24 bahawa masa tidur yang konsisten dikaitkan dengan kurangnya lemak dalam tubuh.

Menurut laporan dalam jurnal tersebut juga, kita patut cuba mengekalkan waktu bangun tidur yang sama setiap hari sekalipun tidak dapat masuk tidur pada waktu yang sama kerana ia berkait rapat dengan kebolehan tubuh untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Mengambil Makanan Berat Pada Waktu Malam

Sesetengah orang kurang menitikberatkan pemakanan pada waktu siang kerana sibuk bekerja dan mengalami kekangan masa atas sebab-sebab tertentu. Maka, mereka cenderung untuk memakan hidangan yang lebih besar pada waktu makan malam. Jadi, tak hairanlah begitu banyak restoran 24 jam yang menghidangkan pelbagai makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, dan nasi kandar.

Tabiat ini adalah salah satu punca gemuk kerana anda kurang beraktiviti lagi selepas selesai makan malam. Maka, ia menyebabkan pencernaan anda kurang efisyen.

Foto Kredit: pinterest.com

Foto Kredit: pinterest.com

3. Terus Tidur Selepas Makan Malam

Salah satu lagi punca gemuk yang sering dilakukan adalah makan malam terlalu lewat hingga hampir dengan waktu tidur. Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari.

Seelok-eloknya, anda disarankan untuk mengambil makan malam sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 jam sebelum waktu tidur anda.

Suami yang baik

Foto Kredit: mommyish.com

4. Snek Tengah Malam Atau ‘Supper’

Sekali-sekala, tidak salah untuk anda mengunyah snek atau ‘supper’ selepas waktu makan malam. Namun, elakkan ia daripada menjadi kebiasaan. Jika terasa lapar, makanlah makanan yang kurang berkalori seperti salad buah-buahan.

Ini kerana makanan yang diambil pada waktu malam akan memberi tenaga kepada anda sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur awal. Selain itu, jika anda makan makanan seperti biskut, roti manis, coklat, dan kek, makanan ini mengandungi terlalu banyak kandungan gula yang diproses dan perlu dibakar secepat mungkin.

Foto Kredit: kaylaitsines.com

Foto Kredit: kaylaitsines.com

5. ‘Skip’ Makan Malam

Ingatkan ‘skip’ makan malam boleh menjadikan anda kurus? Fikir semula.

Apabila anda tidak mengambil makan malam, metabolisme tubuh akan menjadi lebih perlahan.

Di samping itu, tabiat ‘skip’ makan malam boleh menjejaskan emosi seseorang dan akan menjadikan anda lebih lapar pada keesokan harinya. Akibatnya, kita cenderung untuk makan lebih banyak.

puasa di bulan ramadhan

Foto Kredit: vitals.lifehacker.com

6. Minum Kopi

Kopi atau sebarang minuman berkafein seperti sesetengah soda yang diambil pada waktu malam adalah amat buruk untuk kesihatan anda. Selain menyebabkan tidur anda terganggu, ia juga mengandungi banyak kalori.

Oleh itu, minumlah air kosong pada waktu malam supaya anda dapat menjadikan fungsi badan lebih efisyen. Jika teringin meminum minuman manis, pilihlah jus buah-buahan segar tanpa gula atau susu suam.

minum kopi semasa hamil

Foto Kredit: cafe-hallmanns.com

7. Menggunakan Gajet Sebelum Tidur

Menurut kajian yang dilaporkan melalui Daily Mail, lampu biru yang dihasilkan oleh peranti ini boleh menjejaskan kesihatan serta mengganggu tidur anda. Penelitian mendapati lampu biru tersebut dapat menjadikan seseorang berasa lapar seawal 15 minit selepas terdedah kepada lampu biru tersebut.

Oleh itu, elakkan menggunakan gajet dalam jangka masa 1 jam sebelum tidur. Bukan itu saja, pengkaji yang terlibat dalam eksprimen tersebut menekankan supaya kita tidak lagi mengecas handphone atau sebarang gajet dalam bilik tidur.

Sebaiknya, tutup semua lampu dan tidurlah dalam keadaan gelap. Keadaan ini akan membantu anda mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti.

punca gemuk malam

Foto Kredit: utter.bewakoof.com

8. Tidur Lewat

Tidur lewat akan mengganggu corak tidur dan aktiviti harian anda setiap hari. Ia juga boleh menjadi punca gemuk kerana kitaran tubuh anda berlaku bertentangan dengan cara semulajadi di mana ia patut berehat.

Menurut Pakar Perunding Kanak-kanak, Pusat Perubatan KPJ Damansara, Dr.Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar menerusi sebuah akhbar, tidur lewat adalah punca gemuk kerana perut cenderung berasa lapar akibat berjaga.

Apabila mengambil makanan berat pada waktu tengah malam, tubuh pula akan kepenatan kerana organ-organ pencernaan dipaksa bekerja dan tidak mendapat rehat yang secukupnya sepanjang malam.

Foto Kredit: time.com

Foto Kredit: time.com

Tidur Awal, Bangun Awal!

Dalam sesetengah keadaan, memang kita berasa sukar untuk tidur terlalu awal. Namun, ia sebenarnya adalah tabiat yang boleh dilatih.

Malah, ramai ahli fikir dan orang-orang hebat yang terkenal memulakan hari mereka seawal jam 4 pagi. Dalam Islam juga, tabiat bangun awal pagi ini amat digalakkan. Selain membantu anda mengurangkan berat badan, anda akan berasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×