Pernah tak makan ikan rebus air asam?
Rugi kalau tak pernah makan tau sebab menu ni memang sedap dan mudah sangat nak buat.
Ikan rebus air asam ini juga menjadi menu jualan bagi Puan Nurul Hawa Nadila Sari
Di sini kami ibgin kongsikan resepinya.
Jom tengok!
Resepi Ikan Rebus Air Asam Yang Sangat Simple & Sedap
Bahan-bahan
- ikan kembung / pelaling
- bawang merah besar – dihiris
- cili padi – dihiris
- cili besar merah – dipotong
- belacan – dibakar & ditenyeh
- tomato – dipotong dadu
- asam pes asam jawa
- limau kasturi
- garam & gula
Cara-cara
1. Rebus Ikan
Mula-mula rebus ikan dengan asam keping, bersama dengan secubit garam dan sedikit air.
Biarkan ikan mendidih dan masak.
2. Ketepikan Ikan
Setelah masak, angkat ikan dan ketepikan.
Buangkan asam keping yang telah direbus tadi.
3. Bancuh Air Rebusan Dengan Bahan-bahan Lain
Bancuh air rebusan dengan bahan yang telah dihiris.
Boleh tambah air lagj jika inginkan kuah yang lebih.
Masukkan sekali bahan yang dipotong dadu dan dihiris tadi iaitu tomato, cili merah, cili padi dan bawang besar.
4. Masukkan Pes Asam Jawa & Perahan Limau
Seterusnya masukkan pes asam jawa dan perahkan 2 biji limau kasturi.
5. Perasakan
Kemudian masukkan belacan dan bubuh garam serta gula ikut citarasa masing-masing.
Gaulkan sebati.
Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini.
6. Siramkan Kuah Ke Atas Ikan
Akhir sekali, siramkan kuah ke atas ikan rebus tadi.
Dah siap bolehlah hidangkan dengan nasi panas.
Menu nilah yang jadi menu jualan saya, jadi saya bungkuskan begini.
Mudah & Sedap!
Dah siap dah pun resepi ikan rebus air asam kita.
Wah, nampak sedap kan? Kecur air liur…
Nak buat tu pun memang mudah sangat.
Lepas ni bolehlah cuba dekat rumah ya.
Makan dengan nasi putih pun dah sedap dah. Bertambah-tambah nasi dibuatnya walaupun cuma dengan lauk simple ni.
Selamat mencuba!
*Resepi ikan rebus air asam ini dikongsikan oleh Puan Nurul Hawa Nadila Sari menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut tentang resepi atau sebarang pertanyaan tentang resepi, sila rujuk posting asal beliau di SINI.