Sihat

10 Jenis Buah Tinggi Serat & Bagus Untuk Diet

27
SHARES

10 BUAH TINGGI SERAT & BAGUS UNTUK DIET

Seperti yang kita tahu, buah merupakan antara makanan yang terbaik untuk diet harian.

Buah-buahan mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin, dan mineral yang baik untuk tubuh.

Ia juga merupakan sumber serat yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

Menurut MayoClinic, diet yang tinggi serat dapat membantu dalam mengelakkan risiko penyakit seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.

Bagi memenuhi keperluan nutrisi harian, wanita perlu mengambil kira-kira 21 hingga 25 gram serat sehari, manakala lelaki dewasa memerlukan 30 ke 38 gram serat sehari.

Mari kita kenali buah-buahan kaya dengan serat untk diet harian.

10 Buah Tinggi Serat Yang Bagus Untuk Diet

1. Buah Kurma

Buah kurma merupakan antara buah popular yang kaya dengan serat.

Dengan kandungan serat sebanyak 7 gram dalam setiap 100 gram, ia merupakan pilihan yang baik bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet harian.

Kurma juga kaya dengan khasiat lain seperti antioksida serta baik untuk menstabilkan paras gula dalam darah.

Buah tinggi serat

2. Buah Raspberi

Walaupun buah raspberi kurang popular di Malaysia, namun ia merupakan antara buah-buahan yang mempunyai jumlah serat yang tinggi iaitu sebanyak 6.5 gram bagi setiap 100 gram.

Seperti buah beri lain, ia sesuai dimakan sebagai snek dan sesuai untuk dimakan bersama bijirin sihat seperti oat.

3. Pisang

Pisang juga merupakan antara buah yang popular dan sering dimakan bagi menangani masalah sembelit.

Sebiji pisang mengandungi sehingga 2.6g serat. Ia juga padat dengan nutrisi lain yang baik untuk tubuh seperti vitamin C, vitamin B6, dan kalium.

4. Pear

Buah pear juga cukup digemari ramai dan mudah didapati di pasaran.

Ia juga tinggi dengan serat sebanyak 3.1 gram dalam setiap 100 gram. Buah ini juga lengkap dengan khasiat lain seperti vitamin C, vitamin K dan kalium.

5. Buah Naga

Buah dengan rupa eksotik serta isi yang berwarna merah jambu menyala dan berjus ini rupanya tinggi dengan khasiat serat.

Setiap 100 gram buah ini mengandungi sehingga 3 gram serat serta kebaikan nutrisi lain seperti magnesium, zat besi di samping rendah kalori.

6. Avokado

Buah avokado juga merupakan antara sumber serat terbaik dengan kandungan 6.7 gram dalam setiap 100 gram.

Buah ini juga sering digelar sebagai ‘superfood’ kerana kandungan khasiatnya yang cukup tinggi.

Selain serat, antara kebaikan lain yang terkandung dalam avokado ialah vitamin K, folat, vitamin C, kalium dan vitamin B.

7. Epal

Dengan kandungan 4 gram serat dalam sebiji epal, ia dapat memenuhi keperluan serat sebanyak 17%.

Epal juga mengandungi serat mudah larut iaitu pektin yang juga baik dalam meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.

Epal juga diperkaya dengan vitamin seperti kalium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan badan.

BACA JUGA: Bagus Untuk Diet! Ini 10 Khasiat Epal Hijau Dan Perbezaannya Dengan Epal Merah

Buah tinggi serat

8. Oren

Buah oren cukup popular sebagai sumber vitamin C yang baik. Tahukah anda, sebenarnya buah oren juga tinggi dengan serat?

Sebiji buah oren dapat membekalkan sehingga 18% serat dalam keperluan nutrisi harian.

Buah ini juga sesuai dimakan harian kerana rendah kalori dan kaya dengan kebaikan vitamin B1, vitamin C, folat dan kalium.

9. Mangga

Buah mangga merupakan antara buah yang sering dimakan kerana berbuah sepanjang tahun dan mudah didapati.

Dengan khasiat serat sebanyak 2.6 g dalam sebiji mangga, ia dapat membekalkan sehingga 17 % serat dalam keperluan diet harian.

Rasanya bukan sahaja lazat, malah mangga juga mampu membekalkan khasiat penting untuk tubuh badan seperti vitamin C, vitamin A dan folat.

10. Jambu Batu

Jangan pandang rendah dengan jambu batu. Ia bukan sahaja mengandungi kandungan vitamin C yang lebih tinggi daripada buah oren, malah ia juga mampu membekalkan sebanyak 20% serat bagi keperluan harian !

Bukan itu sahaja, jambu batu juga diperkaya dengan vitamin dan mineral penting untuk badan seperti kalium, vitamin A dan zat besi.

Kesimpulan

Serat sememangnya penting untuk kesihatan sistem penghadaman. Ia juga membantu seseorang untuk berasa lebih kenyang dengan lebih lama.

Sumber serat tidaklah susah untuk dicari. Ia juga boleh dijumpai dalam buah-buahan tropika seperti mangga, pisang dan jambu batu.

Kebanyakan buah-buahan ini juga diperkaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk badan seperti vitamin C, kalium dan vitamin A.

Di samping itu, anda juga boleh mempelbagaikan pengambilan serat melalui karbohidrat kompleks dan sayur-sayuran seperti bijirin oat, roti mil penuh dan brokoli.

Dengan pelbagai pilihan dalam sumber serat, anda pasti dapat memenuhi keperluan nutrisi harian melalui pemakanan sihat dan seimbang.

Sumber rujukan :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×