“Sedapnya buah mangga muda ni. Buat cicah dengan sambal kicap…”
Biasanya buah mangga muda ini memang popular dimakan bersama sambal kicap atau dijadikan kerabu. Memang tak cukup kalau makan sebiji je. Tambah pula makan bersama keluarga sambil menikmati angin petang. Memang sedap!
Selain itu, boleh juga sebenarnya dijadikan asam keping dalam masakan. Lagi jimat dan mudah. Rasanya sama seperti menggunakan asam gelugur. Tak percaya? Haa jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Stok Kicap Soya ‘Multipurpose’, Boleh Masak Pelbagai Menu
CARA BUAT ASAM KEPING HOMEMADE GUNA BUAH MANGGA MUDA
Selain asam keping dari buah asam gelugor saya biasa guna asam keping homemade dari buah mangga muda (apa-apa jenis pun tak kisah). Yang di bawah ni saya guna mangga kuini muda. Sedap buat perapan, buat sup ikan, masak singgang atau buat air untuk minum pun sedap.
– Buah mngga muda yang dikupas di potong nipis-nipis atau hiris kecil-kecil pun boleh. Janji senang kering. Jemur di bawah panas terik. Jemur sehingga betul-betul kering dan simpan dalam botol kedap udara. Baru tahan lama.
– Jemur di bawah panas terik.
– Lagi nipis lagi cepat kering.
– Potong nipis-nipis atau hiris kecil-kecil pun boleh. Janji senang kering.
*gambar contoh:
Asam gelugor tempat saya susah nak jumpa. Kalau buah mangga senang. Dekat kampung mak saya memang tak pernah guna asam keping gelugor. Dia guna asam keping buah mangga muda ni je. Saya belajar dan buat sendiri dari dia.
Sumber: Facebook Suez Tiez