Sihat

5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Dialami & Cara Cepat Mengatasinya

49.1K
reads
sakit perut

“Aduh, apasal tetiba ‘cramp’ perut aku ni. Agaknya makan banyak sangat tadi, sampai mengah-mengah jugak la. Menyesal pulak makan banyak, tak pasal-pasal sakit perut. Nampaknya kena pergi farmasi sekejap lagi ni”

Siapa kata sakit perut tidak serius. Berpeluh-peluh juga menahan sakit. Senak dan tidak selesa silih berganti.

sakit perut

Foto Kredit: blisstree.com

Sakit Perut Berpunca Daripada Banyak Sebab

Biasanya sakit perut disebabkan adanya masalah pada organ pencernaan, aorta, buah pinggang dan limpa. Mulalah perut meragam hingga tak senang duduk.

Apa yang boleh dilakukan jika anda terasa sakit di perut adalah mengenal pasti jenis kesakitan yang dialami.

Ini adalah kerana terdapat pelbagai sebab anda sakit perut. Antaranya adalah seperti di bawah ini.

sakit perut

Foto Kredit: share.umc.com

5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Dialami & Cara Cepat Mengatasinya

Antara jenis sakit perut yang paling biasa dihadapi oleh kita adalah seperti berikut:

1. Pedih ulu hati

Masalah pencernaan, perut terlalu penuh dan senak selepas makan boleh menyebabkan anda terasa pedih di ulu hati.

Amalkan:

  • Kurangkan pengambilan kafein, makanan pedas, makanan berlemak dan berminyak
  • Mengambil makanan dalam kuantiti kecil
  • Makan perlahan-lahan
  • Elak makan sebelum tidur
  • Banyakkan bersenam
  • Kurangkan berat badan jika terlalu berat
  • Elak mengambil aspirin setiap kali terasa panas di bahagian tulang dada atau terasa pedih di ulu hati
  • Banyakkan pengambilan herba seperti Chamomile, minyak Peppermint

2. Kembung

Angin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut.

Amalkan:

  • Minum banyak air kosong
  • Kurangkan minum air gas dan minuman manis
  • Elak makan sayur-sayuran yang boleh menambah angin dalam badan seperti brokoli dan kubis
  • Kurangkan makan makanan tinggi lemak
  • Makan perlahan-lahan untuk mengelakkan angin masuk dalam badan
  • Kurangkan minum susu atau produk tenusu jika badan anda lactose intolerant
Perut kembung semasa mengandung

Foto Kredit: vau.fi

3. Sembelit

Kurang buang air besar juga boleh menyebabkan anda sakit perut.

Amalkan:

  • Masukkan banyak fiber dalam diet seharian
  • Minum air dengan banyak
  • Banyakkan senaman
  • Ambil suplemen herba seperti Flaxseed untuk mengurangkan sembelit

4. Senggugut

Senggugut atau ‘menstrual cramp’ akan dialami oleh wanita seminggu sebelum atau ketika datang haid, terutamanya pada hari-hari terawal.

Amalkan:

  • Banyakkan senaman terutamanya sebelum datang period
  • Elak terlalu stress
  • Makan suplemen yang kaya dengan vitamin E, asid Omega 3, vitamin B1, vitamin B6 dan magnesium
  • Ambil suplemen herba seperti Fennel yang boleh mengatasi masalah cramp sewaktu period
cara hilangkan senggugut

Foto Kredit: altsantiri.gr

5. Stomach Flu

Antara simptom anda terkena ‘stomach flu’ adalah sakit perut yang disertai dengan mual, muntah, cirit-birit dan demam.

Amalkan:

  • Banyakkan minum air terutamanya air pembekal tenaga usakitntuk mengelakkan dehidrasi
  • Makan makanan yang mudah hadam seperti biskut, roti bakar, pisang dan nasi
  • Elak makan makanan pedas dan berlemak, produk tenusu dan mengandungi kafein
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Basuh tangan dengan kerap sebelum memegang benda dalam rumah untuk elakkan berjangkit
Foto kredit: gettyimages.de

Foto kredit: gettyimages.de

Jika duduk atau berbaring tidak melegakan juga sakit perut,

Buat pergerakan mudah seperti berjalan perlahan-lahan di sekitar rumah untuk mengurangkan rasa sakit.

Anda juga boleh guna heating pad pada perut yang tidak selesa kerana ia boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa.

Jangan tahan kentut kerana ia sebenarnya boleh melegakan perut yang senak.

Yang Popular

To Top