40 Minggu

Senaman Ibu Mengandung – Apa Kebaikannya?

12
SHARES
Apa Kebaikan Senaman Ibu Mengandung, Selain Mudah Bersalin?

Senaman Ibu Mengandung

Wanita mengandung digalakkan bersenam selepas memasuki trimester ketiga iaitu sekitar 28-30 minggu kehamilan. Bersenam semasa mengandung mewujudkan perasaan tenteram dan dapat mengelakkan kelahiran pra-matang, songsang serta memudahkan kelahiran. Hal ini terbukti daripada kajian terhadap sekumpulan wanita hamil yang dilakukan di Hospital Fuenlabrada di Madrid, Spain. Selain itu, berat badan berlebihan semasa hamil dapat diatasi berbanding dengan mereka yang tidak melakukannya.

Senaman semasa mengandung terdapat beberapa kebaikan diantaranya adalah :

1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin

Semua wanita yang melalui proses bersalin pasti akan mengalami kesakitan. Persoalannya, bagaimana kemampuan mereka untuk menangani kesakitan ini. Selepas bersenam, tahap ketenangan akan meningkat dan menggalakan pengeluaran hormon semulajadi yang bertindak sebagai agen penahan sakit yang lebih efektif.

2. Memudahkan bersalin

Otot-otot akan lebih bersedia membantu untuk menolak bayi keluar dari rahim. Persediaan awal seperti bersenam akan merangsang setiap sel, tisu dan organ badan bertindak mengikut rangsangan oleh persekitaran. Semasa bersenam, badan sudah terbiasa mengalami ‘sakit’ ketika bersenam, maka secara semulajadi badan akan mengurangkan tindak balas kimia dalam badan dan lebih menumpukan kepada proses pemulihan. Hal ini akan memudahkan anda semasa melalui proses bersalin nanti.
Selain daripada menjaga tahap kesihatan wanita hamil, senaman yang dilakukan hendaklah daripada rujukan dan panduan jurulatih bertauliah. Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum melakukan senaman semasa hamil adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai asas senaman yang telah dilakukan secara sistematik sejak sebelum hamil.
  2. Keperluan senaman sekadar untuk tubuh badan seperti memanaskan badan, mengeluarkan sedikit peluh bagi menjamin keselamatan kandungan dan diri sendiri.
  3. Tempoh senaman bergantung pada individu dan mengikut kemampuan diri.
  4. Melakukan ‘cooling down‘ sebelum melakukan senaman untuk mengelakkan kejang otot disebabkan pengumpulan asid laktik di bahagian otot.
  5. Berehat atau berhenti apabila sudah terasa penat bergantung kepada kemampuan diri masing-masing.
  6. Memastikan samada keperluan dipantau atau tidak oleh jurulatih. Tujuannya untuk memberikan tunjuk ajar cara senaman yang betul bagi wanita hamil.

Contoh senaman yang biasa saya lakukan ketika hamil adalah senaman mencangkung. Walaupun sekadar mencangkung biasa, aktiviti ini sebenarnya dapat menguatkan otot di sekitar peha dan pelvis. Contoh biasa adalah mencangkung semasa menumbuk sambal belacan guna lesung batu atau berak mencangkung.

Semasa mencangkung, latihan lain yang yang dapat dilakukan sama adalah berangan. Senang sahaja kan? Bukan berangan kosong tau. Tetapi, berangan yang ada fokus iaitu imaginasi. Bawa fikiran dan bayangkan keadaan semasa bersalin nanti bagaimana.

Semasa sedang membuang air besar, imaginasi keadaan yang sama ketika bayi akan dilahirkan nanti.
Mencangkung semasa hamil sangatlah terseksa. Apatah lagi semasa kandungan sudah semakin sarat. Latihan ini sangat digalakkan dibuat semasa sedang sarat. Sarat mungkin dalam tempoh 8 bulan ke atas. Penyeksaan ini sangat berbaloi.

Semasa mencangkung, kita akan rasa urat tegang di kawasan peha dan pelvis. Pelvis adalah kawasan di antara dua tulang peha. Bawa perasaan anda dan hayati perubahan bentuk badan fizikal semasa sepanjang hamil dan semasa bersalin nanti.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×