Perut kembung dan berangin antara masalah yang sering dihidapi tidak kiralah daripada bayi, orang dewasa hinggalah warga tua.
Wanita hamil juga tidak terkecuali. Malah, masalah perut kembung semasa mengandung adalah salah satu masalah paling kerap berlaku pada wanita.
Punca Perut Kembung Semasa Mengandung
Ia disebabkan:
1. Perubahan hormon progesterone
Hormon progesterone sebenarnya membantu wanita hamil kekal sihat sepanjang kehamilan.
Apabila wanita hamil, proses pencernaan yang diaktifkan oleh hormon ini menjadi perlahan menyebabkan perut mudah masuk angin, kerap sendawa dan kentut.
2. Sembelit
Apabila wanita hamil makan, bayi dalam rahim akan mengambil nutrisi dan air dalam makanan itu.
Sisa makanan yang kering akan menjadi najis yang keras, menyebabkan sembelit dan perut kembung semasa mengandung.
3. Pertambahan berat badan
Wanita hamil biasanya akan makan banyak daripada biasa dan jarang bersenam.
Apabila berat badan bertambah, perut menjadi semakin tidak selesa dan kembung.
Namun, tidak seperti yang lain, wanita hamil tidak digalakkan mengambil ubat untuk membuang angin takut menjejaskan kandungan.
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan perut kembung semasa mengandung?
1. Banyakkan pengambilan cecair
Selain air dan jus buah untuk meningkatkan cecair dalam badan, boleh juga mengambil sup dan buah-buahan yang tinggi kandungan air.
2. Makan dalam kuantiti kecil
Setiap kali makan, pastikan ia dalam kuantiti yang kecil namun kerap. Dengan ini, makanan mudah dicerna dan dapat mengelakkan perut kembung semasa mengandung.
Ia juga dapat mengurangkan masalah sembelit.
3. Kunyah perlahan-lahan
Elak makan terburu-buru agar saluran usus tidak ‘overload’ dan dalam masa sama anda akan menelan angin yang boleh menyebabkan perut kembung.
4. Banyakkan serat
Keladi, lobak, whole wheat, epal, pear dan oatmeal tinggi serat.
Serat memudahkan penyerapan pada sistem pencernaan dan memudahkan pengaliran makanan dalam badan.
5. Kurangkan makanan berminyak dan berangin
Bawang merah, kubis, brokoli adalah antara makanan penyebab angin dalam badan.
Makanan berminyak pula melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan masalah perut kembung semasa mengandung bertambah buruk.
6. Kurangkan gula yang diproses
Waktu mengandung memang ada yang mengidam benda-benda manis. Kurangkan minuman berkarbonat dan jus buah dalam tin atau botol kerana ia tinggi gula.
Minum jus perahan segar terutamanya buah aprikot, pisang dan peach sebagai pengganti gula-gula dan minuman dalam tin.
7. Elak makanan mengandungi sorbitol
Chewing gum dan makanan pengurus badan mengandungi sorbitol yang menyebabkan perut kembung semasa mengandung dan berangin.
8. Tenangkan diri sebelum dan semasa makan
Elak makan dengan gelojoh kerana semasa makan udara akan masuk bersama. Tarik nafas sebelum makan tenang semasa menjamu makanan.
9. Buat senaman setiap hari
Jika kerap duduk, angin dalam perut sukar keluar. Jika selalu lakukan pergerakan, angin dalam perut mudah keluar.
10. Catat senarai makanan
Setiap kali selesai makan, catat apa yang sudah diambil. Jika dalam masa enam jam selepas makan, mudah untuk kenal pasti jenis makanan yang membuatkan perut kembung.
Biasanya, perut kembung semasa mengandung berlaku pada awal kehamilan
Apabila masuk ke peringkat akhir kehamilan, masalah ini akan berkurangan.
Tetapi jika masalah perut kembung semasa mengandung berpanjangan hingga sakit seluruh badan, cirit-birit dan pendarahan pada najis, segera lakukan pemeriksaan di klinik berdekatan. Dikhuatiri jika keadaan ini berterusan akan menjejaskan kandungan.