Anda cepat berpeluh?
Lebih-lebih lagi bila anda ‘stress’ ataupun panik. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluh dengan banyak hingga timbul rasa malu untuk bertemu dengan orang.
Bau Badan Pun Terjejas!
Sudahlah berpeluh, badan juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Selain badan, kaki turut akan terkesan hingga timbul rasa tidak selesa dan bau busuk.
Jadi, adakah cara untuk atasi masalah kuat berpeluh?
7 Cara Atasi Masalah Cepat Berpeluh
1. Tukar kepada deodoran ‘higher-strength’ ataupun ‘anti-perspirants’
Cari deodoran yang berlabel ‘higher-strength’ atau ‘anti-perspirants’.
Ia menghalang proses perpeluhan berlaku di kawasan yang mudah mengeluarkan bau busuk dan kurang menyenangkan.
2. Guna deodoran pada waktu malam
Jika anda biasa guna deodoran pada waktu siang, amalkan juga menggunanya pada waktu malam.
Menurut seorang Profesor Dermatology dari Universiti St. Louis, apabila mengguna deodoran pada waktu malam, kandungan aktif dalam deodoran akan meresap dengan lebih cepat pada kawasan yang cepat berpeluh dan menghalang perpeluhan berlaku dengan banyak.
Kini terdapat pelbagai kemajuan dalam produk deodoran. Cuba dapatkan yang paling serasi dengan anda.
3. Pilih baju jenis kapas

Foto Kredit: hijablook.com
Seeloknya pakai baju daripada bahan kapas (‘cotton’) setiap kali keluar.
Ini kerana ia bersifat ‘breathable’, iaitu boleh menyerap peluh dan tidak panas.
Amat sesuai untuk cuaca di Malaysia, terutamanya bagi kulit yang sering berpeluh.
Bagi yang bertudung, janganlah memilih material yang panas untuk nampak cantik. Ringkaskan gaya dan kurangkan juga bilangan lilitannya kerana ia boleh menyebabkan bau yang tidak enak di bahagian kepala.
4. Kerap tukar stokin

Foto Kredit: oshesakura.blogspot.my
Jika anda kuat berpeluh, digalakkan kerap menukar stokin agar kaki sentiasa dalam keadaan kering.
Anginkan kasut atau jemurkannya sebentar setiap kali selepas digunakan. Jika perlu, beli 2 pasang kasut supaya anda dapat lebih kerap memberi pengudaraan dan menggantinya.
5. Elak makanan pedas

Foto Kredit: microscopasia.com
Apabila anda makan makanan pedas, ia menggalakkan lagi anda berpeluh. Jika anda kerap mengambil makanan yang kuat rasanya seperti bawang dan petai, ia juga boleh mempengaruhi bau badan anda.
Jadi, cuba kurangkan pengambilan makanan tersebut, lebih-lebih lagi semasa makan di luar atau di tempat yang panas.
Kalau teringin, nikmati sajian sedemikian di rumah supaya anda lebih selesa.
6. Latih untuk tangani ‘stress’
‘Stress’ boleh menyebabkan anda kuat berpeluh. Semakin anda ‘stress’, semakin banyak anda berpeluh.
Oleh itu, belajar tenangkan diri dengan menarik nafas panjang dan membuat persediaan awal dalam setiap urusan harian.
7. Guna sabun mandi antibakteria
Amalkan guna sabun mandi antibakteria kerana ia boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau badan.
Lebih elok kalau anda dapat mandi dengan kerap supaya badan lebih segar dan selesa.
Seminggu sekali, gunakan ‘scrub‘ untuk membersihkan semua daki dan kotoran yang terlekat pada badan.

Foto Kredit: cnnturk.com
Tampil Lebih Yakin
Kalau peluh tiada lagi, anda akan semakin yakin dengan penampilan diri masing-masing. Imej anda amat penting, lebih-lebih lagi apabila anda selalu berhadapan dengan orang ramai dalam tugasan harian.
Ambil langkah pencegahan sebelum masalah menjadi lebih serius. Ia mampu membawa kepada masalah kesihatan mental dan juga fizikal. Oleh itu, jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa sebarang tindakan!