Advertorial

6 Tips Basuh Baju Untuk Ibu Bekerja, Yang Tidak Cukup Masa

490
reads

Sudahlah penat seharian bekerja di pejabat, balik kerja tengok menimbun pulak baju kat bakul yang nak kena cuci. Kita sebagai ibu yang bekerja, tiba-tiba rasa tertekan. Di pejabat sudah banyak kerja, balik rumah pun ada banyak lagi kerja!

Arghhh!

Belum lagi campur anak-anak yang bergaduh sesama sendiri. Terjerit-jerit sambil berlari ke sana-sini. Dengan ruang tamu yang bersepah, mainan yang tidak sempat kemas dan mungkin ada air yang tumpah kena langgar dengan anak.

Ada pula suami yang minta isteri masak makan malam. Tidak mahu makan luar, mahu rasa air tangan isteri katanya. Bila isteri mula jeling suami, dia akan jeling sekali lagi baju kotor yang bertimbun. Walaupun semakin stress rasanya, bertabahlah wahai hati.

Badan penat, mahu rehat. Otak kata jangan, ada banyak benda nak kena setel.

Biasa dengan situasi sebegini?

Rileks, anda tidak keseorangan. Sebenarnya ada banyak cara untuk meringankan beban kita untuk cuci baju ni. Kalau perasan, sebelum ni, kami pernah berkongsi 8 tips untuk yang malas lipat kain baju. Kini, kami kongsikan pula 5 tips basuh baju untuk ibu bekerja.

1. Mintak tolong cik abang sayang kita

Bagi suami-suami di luar sana, hargailah anda sebagai isteri dengan tolong membasuh baju. Bukan susah mana pun, kutip baju dari bakul, masuk mesin basuh, tuang pencuci dan tunggu cucian siap.
Kita sebagai isteri ni pulak, pandai-pandai lah masak makanan kegemaran suami sedap-sedap. Pasti beliau ringan tangan nak menolong.

Kalau rajin, lepas siap cuci, tolong sidai sekali. Kalau suami tolong lipat sekali, boleh bagi ‘upah‘.

 

2. Buat jadual basuh baju, gilir-gilir lagi bagus

Ingat, jangan hujung minggu baru nak basuh semua sekali. Hujung minggu sepatutnya boleh rehat.

Dengan cuaca yang tidak menentu, kadang hujan kadang panas; apa kata kita tetapkan jadual membasuh. Isnin basuh baju kita dan pasangan, hari Rabu pula basuh baju anak-anak, hari Jumaat basuh baju baby pula.

Tapi kalau banyak sangat, mungkin boleh tukar jadual sikit, Isnin basuh baju kita dan pasangan, selang 2 hari (Rabu) basuh baju anak-anak dan baby, selang 2 hari lagi (Jumaat) basuh baju kita dan seterusnya.
Nampak mudah dan senang untuk diamalkan bukan?

Lagi bagus kalau gilir-gilar basuh baju antara suami dan isteri. Tentu lebih erat kasih sayang.

 

3. Asingkan baju terlebih dahulu

 

Baju yang ingin dipakai untuk solat, asingkan. Baju anak-anak asingkan. Kenapa kena asingkan terlebih dahulu?

Pertama, kita tidak mahu najis bercampur dengan baju yang kita guna untuk solat. Kedua, proses sidai baju akan lebih mudah.

Baju anak-anak biasanya kecil. Ia sangat rumit dan leceh untuk sidai. Kalau baju orang dewasa agak besar, senang nak sidai atau guna hanger sahaja. Kalau dua-dua jenis saiz ini bercampur, kita yang akan jadi stress.

4. Basuh di kedai dobi 24 jam

Saya pasti anda semua perasan yang kedai dobi 24 jam kini semakin bercambah dan tumbuh bak cendawan lepas hujan. Kalau dah tak larat nak basuh sendiri tu, apa kata anda basuh je di kedai dobi 24 jam.

Sekarang kedai dobi macam ni pun dah ada sediakan kemudahan WiFi, kerusi urut, sofa, televisyen dan sebagainya. Sambil menunggu baju nak siap, macam-macam boleh buat kan? Boleh lah ber-FB untuk dapatkan informasi terkini di sekeliling kita atau melayari internet untuk dapatkan tips-tips berguna seperti ini.

 

5. Pakai baju atau seluar 2 kali baru basuh

Teringat zaman sekolah asrama mahu pun di universiti dulu. Kalau baju tu masih elok dan tak kotor sangat, apa kata simpan dan gantung elok-elok untuk dipakai 2-3 hari kemudian.

Contohnya, seluar jeans takkan pakai sekali terus basuh? Atau pergi kedai 10 minit pakai baju baru, takkan nak terus basuh? Kalau pakai sekejap terus basuh, akan jadi Gunung Everest la nanti.

Tapi jangan pula pakai baju yang sama dua hari berturut-turut, nanti terkantoi pula dengan rakan sepejabat. Ingat baju dan seluar sahaja ya, bukannya seluar dalam. Rasa tak bersih pula nanti.

 

6. Guna mesin basuh serbaguna

Mesin basuh zaman sekarang semakin canggih. Ada banyak ciri-ciri membasuh yang kita tidak pernah terfikir. Contohnya, mesin basuh LG 6 Motion Direct Drive Heater Washing Machine.

Tips basuh baju

 

Heater? Pemanas?

Ya, ada heater. Dah macam mesin dobi pula, boleh main pilih-pilih temperature. Heater atau pemanas ini, boleh membasuh pada suhu yang lebih tinggi (40-60 °C). Ia lebih berkesan mencairkan pencuci dan meningkatkan prestasi basuhan. Hasilnya, cepat, pantas dan bersih!

Boleh bersihkan diri sendiri?

Ini rare!. Mesin basuh ini juga berupaya mencuci dalamannya sendiri supaya setiap kotoran akan terkeluar secara automatik dan tidak memberi kesan kotoran pada cucian anda seterusnya. Bakteria tidak dapat membiak dan tahap kesihatan anda sekeluarga turut meningkat.

Basuh banyak-banyak sekaligus

Kalau anak-anak semua jenis macam artis, yang suka tukar baju 3-4 kali sehari, anda kena dapatkan mesin basuh yang boleh sumbat banyak baju.

Dengan berkapasiti tinggi sehingga 20kg, anda tidak lagi perlu membasuh secara kerap. Sumbat sekali semua, setel! Tak perlu nak pening kepala tunggu turn untuk basuh baju dari bakul lain.

Seperkara lagi, walaupun nampak seperti perlukan air yang banyak, tetapi teknologi mesin basuh ini dapat mengurangkan penggunaan air dengan lebih efisien.

Nampak tak? Jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit!

 

Akhir kata

Foto Kredit: http://www.gizmodo.com.au/2011/10/self-cleaning-cloth-keeps-shirts-bacteria-free-with-sunlight/

Foto Kredit: gizmodo.com.au

Diharapkan anda dapat cuba dan amalkan 5 tips basuh baju untuk ibu bekerja seperti di atas ni. Ada yang sangat mudah untuk diamalkan dan dengan kuasa teknologi terkini juga, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita di rumah.

Kadang-kala kita juga perlu memanjakan diri kita sendiri selepas penat seharian bekerja kan?

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai mesin basuh serbaguna daripada LG di atas ni, boleh layari laman web LG di sini.

Yang Popular

To Top