Dapur

Resepi Sandwich Telur Paling Viral & Paling Senang Nak Buat Untuk Bekal Sekolah Anak

207
SHARES

“Menu sarapan apalah yang nak bagi anak bawa ke sekolah. Bosan dah…”

Menu sarapan atau bekal untuk anak-anak berasaskan roti adalah menu yang paling mudah. Mengenyangkan dan mudah didapati, roti juga dapat membekalkan khasiat yang secukupnya untuk anak kekal bertenaga. Jadi, menu yang paling mudah adalah roti telur!

ROTI TELUR SANDWICH PALING VIRAL

Pagi-pagi anak bongsu meragam minta sandwic. Tak tahulah apa dia mimpi sampai mengidam macam tu sekali. Jadi kita buat sandwic telur paling viral sekali, iaitu:

Bahan-bahan: (1-2 orang)

-3 biji telur rebus

-1 sudu besar mayonis

-½ sudu kecil mustard

-1 cubit lada hitam / sulah

-1 keping keju

-2 keping roti

-1 cubit garam

-2 cubit gula

1.Mula hancurkan telur rebus dengan penapis. Lagi halus lagi bagus. Saya gunakan yang tak berapa halus sebab malas nak tenyeh. Hehe! Buat putih telur dulu.

2.Tekan telur sampai hancur dan melepasi penapis ni. Kalau malas, gunakan “food processor”. Dia akan lumat jadi pes.

3.Kalau pakai penapis, dia jadi macam ni. Kasar-kasar sikit. Ikutlah kalian suka macam mana.

4.Lepas putih telur dah siap, buat pula telur kuning. Kenapa buat asing-asing? Supaya banyak sikit gambar saya boleh letak. Haha! Kalau kau orang nak buat sekali harung, boleh je.

5.Ini hasil telur yang telah “ditapis”.

6.OK, masukkan mayonis, mustard, garam, gula dan lada hitam atau lada sulah. Mayonis jangan banyak sangat, nanti basah. Gaul rata, dan ketepikan.

7.Sapukan mentega pada roti. Eh tadi senarai bahan-bahan lupa nak masukkan mentega. Marjerin pun boleh juga.

8.Letak telur yang disediakan tadi, dan padatkan. Tadi saya pesan jangan letak mayonis banyak sangat, kan? Kalau banyak sangat, dia tak boleh padat macam ni.

9.Letak kepingan keju atas dia. Nak tabur keju yang di sagat pun boleh.

10.Tadaaa! Potong kulit dia. Kemudian potong sandwic jadi kiub-kiub kecil. Mudah anak nak makan. Kalau orang dewasa, sekali ngap je kiub tu.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×