Famili

Ibu Selit Nota Kecil Di Bekal Anak Darjah 2, Sikap Positif Ini Dipuji Warganet

49
SHARES
BEKAL ANAK KE SEKOLAH

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Noorashikin Ibrahim, dia ada berkongsikan beberapa idea bekal anak ke sekolah untuk kegunaan ibu-ibu di luar sana.

Pelbagai menu disediakan setiap hari demi memastikan anaknya yang berusia 8 tahun itu tidak kelaparan di sekolah dan sentiasa bertenaga.

Baca juga: Serius! Ibu Ayah Kena Tukar Gaya Cakap Dengan Anak Kalau Dah Nampak Tanda Ini

BEKAL ANAK KE SEKOLAH, SIAP ADA NOTA NASIHAT IBU LETAK

BEKAL ANAK KE SEKOLAH

Selain hidangan menu yang mampu membuka selera si anak, hantaran tersebut turut menarik perhatian pengguna Facebook apabila ada nota kecil yang diletakkan sekali.

Jelasnya, nota tersebut bertujuan untuk melancarkan kemahiran membaca si anak ketika berada di darjah satu. Namun, anak lelakinya itu gemar membaca nota kecil tersebut dan sehingga kini masih meminta ibunya untuk melakukan.

“Alhamdulillah, bekal anak soleh sepanjang bulan Ogos ini. Anak kenyang, ibu pun senang. Ada kisah sticky note itu disebalik bekal dia.

“Mula-mula buat dulu masa darjah 1 sebab nak tingkatkan kemahiran membaca dia. Setiap hari buat, lama-lama dia jadi suka sampailah sekarang. Kadang-kadang tak ada idea juga nak tulis apa,” ujarnya.

Antara nota yang ditulis adalah:

Anas Luqman, menggembirakan orang lain pun salah satu ladang pahala tau. Anas nak pahala tak? Selalulah gembirakan kawan-kawan awak ya.

Anas Luqman, kesabaran dan ketekunan akan menghasilkan sesuatu yang baik.

Selamat Hari Kidal Sedunia Anas Luqman. Alhamdulillah kelebihan yang Allah SWT beri. Awak sangat istimewa.

Hantaran ibu tersebut sudah pastinya menerima komen daripada warganet di mana rata-rata memuji tindakan positifnya itu.

“Sukanya positif ibu berikan dekat anak. Semoga Anas Luqman tak lupa jasa ibu ya. Jadi anak soleh dan banggakan ibu,” komen salah seorang pengguna Facebook.

Selain itu, mereka turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Noorashikin kerana memberi idea untuk bekal anak ke sekolah. Perkongsian itu sungguh memberi manfaat buat semua orang.

Baca juga: Tak Sangka Siri Kartun Animasi Ini Buat Sikap Anak Lebih Positif & Petah Bercakap

Sumber: Facebook Noorashikin Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×