Asuh

Tips Paling Berkesan Ajar Anak Baca Buku Bahasa Inggeris, Confirm Si Kecil Suka!

16
SHARES
AJAR ANAK BAHASA INGGERIS

Kalau anak sudah pandai membaca buku bahasa Melayu, apa kata ibu ayah ajar anak bahasa Inggeris pula dengan menggunakan 6 tips yang dikongsikan oleh Puan Hanis Athirah Rusli ini.

Tips paling berkesan dan mudah ini, pasti berjaya menambat hati si kecil untuk mempelajari sesuatu yang baru. Jom baca!

Baca juga: Bukan Semua Kicap Bagus Untuk Si Kecil, Ini Senarai Kicap Sesuai Untuk Anak

6 TIPS PALING BERKESAN AJAR ANAK BAHASA INGGERIS

AJAR ANAK BAHASA INGGERIS

Secara asasnya, untuk senang anak belajar membaca bahasa Inggeris, anak-anak perlu:

– Diperkenalkan bunyi huruf bukan nama huruf.

– Diberi fokus pada kesedaran fonemik dan fonik.

– Dilatih anak untuk ‘blend and segmentise’ perkataan.

– Biasakan anak dengan kata kunci.

Digalakkan berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris supaya kosa kata bertambah.

– Mempunyai kesedaran cetakan (Print Awareness) kerana biasa dibacakan buku bersama.

Jadi, untuk anak menguasai 6 faktor di atas, ibu ayah boleh lakukan perkara berikut supaya lebih mudah anak menguasai bahasa Inggeris:

1. Biasakan anak dengan buku 

Sebelum ajar anak membaca, biasakan dengan aktiviti bacaan inggeris bersama mereka seperti read aloud atau bedtime story. Selain dapat menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai, mereka juga dapat belajar cara sebutan sesetengah perkataan yang dibaca dengan betul.

2. Aktiviti membaca menyeronokkan

Aktiviti mengajar membaca bukan semata-mata menggunakan buku. Boleh juga disokong dengan aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain.

Sebagai contoh, boleh selitkan barangan kitar semula seperti kotak untuk jadikan alat bantu belajar anak-anak. Anak-anak juga boleh gunakan playdoh untuk bentukkan huruf sambil bunyikan huruf yang mewakili.

3. Gunakan buku belajar membaca yang berkesan

Sebenarnya, banyak buku dekat pasaran yang boleh membantu anak belajar membaca. Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak adalah I Can Read oleh Awal.

Buku ini ada 3 saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai bahasa Inggeris kerana mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci.

Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.

AJAR ANAK BAHASA INGGERIS

4. Gunakan teknik nyanyian

Anak-anak biasanya lebih cepat ingat bila diperdengarkan lagu. Mereka akan cuba belajar untuk mengikuti lagu dengan menyanyi bersama.

Secara tak langsung, anak dapat mengaplikasikan pendengaran mereka terhadap lagu kepada membaca dan anak juga dapat menyanyi dengan baik sambil mengiringi muzik. InsyaAllah lama kelamaan mereka boleh menyebut perkataan dengan baik.

5. Banyakkan latihan menulis pengukuhan & pengayaan

Belajar membaca juga perlu disokong dengan aktiviti menulis yang sesuai dengan perkembangan umur mereka. Buku Latihan yang digunakan perlulah lebih menekankan kemahiran motorik halus seperti kemahran menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.

Aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang merangsang minda insyaAllah dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.

6. Gunakan educational game 

Sesekali boleh juga gunakan permainan dalam talian untuk keseronokkan anak sambil belajar.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.

Baca juga: Jangan Biarkan Anak Jenis Sensitif Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Ikut 8 Tips PENTING ini

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×