Pada zaman serba moden ini, penguasaan selain bahasa Melayu adalah sangat penting bagi mendapatkan tempat di universiti atau alam pekerjaan. Sekiranya ibu ayah di luar sana mencari konten di media sosial yang boleh membantu anak pandai bahasa Inggeris, di bawah ini penulis ada kongsikan.
Menerusi laman Facebook milik Cikgu Lo, dia mengesyorkan satu akaun TikTok yang boleh dijadikan panduan dan tontonan supaya anak pandai bahasa Inggeris. Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.
Baca juga: 4 Subjek Utama Adik-Adik Kena Skor Waktu SPM, Markah Merit Tinggi & Senang Masuk Universiti
ANAK PANDAI BAHASA INGGERIS BILA TENGOK KONTEN TIKTOK INI
Saya sarankan guru dan ibu bapa untuk menonton video TikTok @toddlerscanread ini kerana ia menawarkan strategi dan aktiviti yang praktikal untuk mengajar anak-anak seawal usia 4 tahun untuk membaca perkataan bahasa Inggeris.
Antara sebabnya adalah seperti di bawah ini:
1. Panduan membaca untuk kanak-kanak
Video-video konten ini memberikan tips untuk mengajar kanak-kanak seawal usia 4 tahun untuk membaca, yang boleh membantu ibu bapa membina asas membaca dengan kuat.
2. Anak pandai Bahasa Inggeris – aktiviti yang menarik
Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti permainan fonik, dan kaedah bacaan CVC (consonant-vowel-consonant) yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
3. Mudah diikuti
Video-video ini memberikan langkah-langkah yang mudah difahami serta tips ringkas yang boleh terus diaplikasikan di rumah.
4. Anak pandai Bahasa Inggeris – sesuai untuk ibu bapa yang sibuk
Dengan format yang ringkas dan padat, ibu bapa yang sibuk boleh mendapatkan maklumat berharga dalam tempoh yang singkat untuk mengajar anak-anak di rumah.
Dengan adanya konten seperti di atas, ia boleh membantu supaya anak pandai Bahasa Inggeris dengan lebih cepat. Dalam masa yang sama, anak juga tidak begitu bosan kerana boleh ditonton melalui telefon atau disambungkan di televisyen di rumah.
Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu bapa di luar sana!
Baca juga: ‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!
Sumber: Facebook Cikgu Lo