Baru-baru ini kita digemparkan dengan bencana alam yang berlaku iaitu angin dan ribut di beberapa negeri. Kejadiaan ini membuatkan harta benda rosak dan lebih menyedihkan turut meragut nyawa. Bagi memohon perlindungan dan keselamatan diri daripada Allah SWT, anda boleh membaca doa angin kencang dan ribut seperti perkongsian di bawah ini
Baca juga: Isteri, Amalkan Zikir Ini Sebelum Tidur Setiap Hari, Penat Lelah Kerja Rumah Langsung Tak Rasa
DOA ANGIN KENCANG DAN RIBUT, JANGAN LUPA BACA
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا
Allahumma inni as-aluka khoirohaa wa a’uudzu bika min syarrihaa
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan angin ini dan aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya.” [Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah]
Selain itu, anda juga boleh membaca beberapa doa angin kencang dalam rumi seperti di bawah ini.
– Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu perlindungan dan keselamatan daripada segala bahaya yang datang bersama angin kencang ini. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan tiada daya serta upaya kami melainkan dengan pertolongan-Mu.
– Ya Allah, lindungilah kami, keluarga kami, serta semua makhluk-Mu dari sebarang kerosakan dan kemusnahan yang dibawa oleh angin yang kuat ini. Berikanlah ketenangan dalam hati kami dan jauhilah kami daripada sebarang malapetaka.
– Ya Allah, Engkau yang menurunkan angin sebagai tanda kebesaran-Mu, maka kami mohon agar angin ini membawa rahmat dan bukannya bala bencana. Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada angin yang buruk, kerosakan alam, dan segala musibah yang mungkin menimpa.
– Dengan kasih sayang dan rahmat-Mu, Ya Allah, redakanlah angin ini dan kembalikanlah keadaan kepada kedamaian dan ketenangan. Hanya kepada-Mu kami memohon dan hanya kepada-Mu kami berserah.
Semoga bermanfaat dan dijauhkan dari sebarang bencana alam.
Baca juga: Manfaat Amalkan ‘Bismillah Lima’ Setiap Hari, Biar Bibir Sentiasa Basah Dengan Ayat Suci Ini
Sumber: Facebook Suara Sunnah