Famili

Al Fateh Bukan Kes Pertama, Haura Najia Juga Maut Akibat Pengasuh Bedung & Sumbat Botol Susu!

2
SHARES
KES KECUAIAN PENGASUH

Kes kecuaian pengasuh dalam menjaga kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan perkara ini sudah tentunya membimbangkan ibu bapa di luar sana. Hal ini kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan keselamatan namun tindakan luar jangkaan boleh meragut nyawa.

Itulah yang berlaku kepada Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri, lapan bulan, ketika berada di pusat jagaan. Difahamkan pengasuh menyumbat botol susu dan menekupnya dengan bantal sehingga tidak boleh bernafas.

Baca juga: Serius! Ibu Ayah Kena Tukar Gaya Cakap Dengan Anak Kalau Dah Nampak Tanda Ini

KES KECUAIAN PENGASUH: HAURA NAJIA JUGA DISUMBAT BOTOL SUSU

KES KECUAIAN PENGASUH

Ini bukan kes pertama yang berlaku di Malaysia insiden meragut nyawa ini pernah berlaku di sebuah taska di Melaka pada 27 Oktober 2022. Difahamkan Haura Najia Mohd Kamaruddin Helsa maut apabila pihak taska membiarkan bayinya yang berusia 6 bulan pada ketika itu dibendung selama enam jam.

Walaupun dua tahun telah berlalu namun insiden itu masih segar diingatan Nurul Fatehah Sandollah, ibu kepada bayi tersebut. Kes kecuaian pengasuh ini menyebabkan nyawa anak kecilnya ‘melayang’.

Tambahnya lagi kematian anak ketiganya itu masih belum mendapat pembelaan biarpun peristiwa hitam itu masih menghantui dirinya sehingga kini.

“Kematian Haura Najia seolah-olah tidak mendapat pembelaan, saya turun naik jabatan untuk dapatkan penjelasan sewajarnya namun sehingga sekarang tidak dilayan.

“Malah keputusan bedah siasat juga hanya diterima selepas empat bulan kematian Haura dan itu yang menjadi persoalan kepada kami suami isteri,” jelasnya.

Nurul Fatehah memberitahu pada hari kejadiaan dia telah dihubungi oleh pihak taska dan memaklumkan bahawa Haura tidak sedarkan diri.

Selepas menerima panggilan tersebut, dia bergegas ke taska dan dimaklumkan bayinya telah dibawa ke klinik sebelum dihantar ke hospital kerana keadaan muka yang kebiruan serta tidak sedarkan diri.

Jelasnya, ketika berada di hospital, suami dan kakaknya menemui pengasuh tersebut dan wanita tersebut mendakwa Haura ketika itu dalam keadaan dibedung. Dia kemudiannya membiarkan seketika namun selepas beberapa jam bayinya berada dalam keadaan tertangkup.

Baca juga: Tak Sangka Siri Kartun Animasi Ini Buat Sikap Anak Lebih Positif & Petah Bercakap

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×