Suami Isteri

“Jangan Sampai Bermadu…” – Suami Kecewa Isteri Asyik Tolak Nafkah Batin

2
SHARES
NAFKAH BATIN

Hubungan suami isteri perlu ‘diwarnai’ dengan kasih sayang seperti hubungan seksual agar lebih dekat. Namun, lain pula jadi kepada seorang suami ini apabila nafkah batin yang diminta, ditolak oleh isterinya.

Menerusi luahan tersebut, lelaki itu menjelaskan dia terkilan dan kecewa dengan tindakan isterinya yang menolak permintaan tersebut.

Baca juga: Rumah Tangga Macam Ini Idaman Semua Orang, No.2 Ramai Terlepas Pandang

SUAMI MINTA NAFKAH BATIN, ISTERI TAK NAK LAYAN

NAFKAH BATIN

Dia juga menjelaskan bahawa segala tanggungjawab sebagai seorang suami sudah dijalankan namun si isteri tidak membalasnya dengan memberi layanan seksual.

Jelas lelaki itu, dia hanya mahu dilayan seperti manusia dan terlalu penat ‘mengemis’ meminta agar dilayan. Alasan yang biasa digunakan oleh isterinya adalah penat walapun pada hujung minggu.

Kekecewaan yang dialami oleh lelaki itu membuatkan dia terfikir untuk berkahwin lagi supaya isteri baharu dapat menunaikan nafkah batin tersebut.

“Kepada si isteri, abang dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Satu sahaja abang minta, layan abang seperti manusia. 

“Bila minta bersama awak kerap kali menolak atas alasan penat. Dah macam mengemis.

“Saya tak minta hari bekerja ya tapi hujung minggu. Satu sahaja nak pesan, jangan sampai awak bermadu. Ya saya mampu,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata memberi cadangan kepada lelaki tersebut untuk menegur dan menasihati isterinya secara terus. Hal ini supaya segala hal yang terbuku dapat diselesaikan dengan elok tanpa penceraian berlaku.

*Diharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan elok.

Baca juga: Hukum Suami Masukkan Jari Dalam Kemaluan Isteri, Orang Dah Kahwin Kena Tahu!

Sumber: X Mein Mokhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×