Percutian

Nah 9 Tempat Menarik Di Ipoh Kena Singgah, Rugi Kalau Terlepas!

29
SHARES
MENARIK DI IPOH

Ipoh merupakan ibu negeri Perak dan sudah tentunya pelbagai tempat menarik di Ipoh yang anda boleh kunjungi sekiranya bercuti di sana.

Percutian tidak lengkap sekiranya anda terlepas senarai tempat menarik di bawah ini. Ikuti perkongsian lengkap mengenai tempat menarik di Ipoh.

Baca juga: Cameron Santorini Tarikan Baru Di Cameron Highlands Dengan Harga Murah, Cantiknya!

SENARAI TEMPAT MENARIK DI IPOH ANDA BOLEH SINGGAH

MENARIK DI IPOH

Kredit: Flickr

Nak bercuti ke Ipoh kena rajin cari tempat-tempat yang best.

1. Nasi Kandar Majeedia

Kalau datang Ipoh tapi tak rasa Nasi Kandar Majeedia memang rugi! Nasi kandar legend ini menjadi kegemaran orang ramai tanpa mengira kaum.

Alamat: 58, Jalan Bendahara, 31650 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (7am-7pm)

2. Pasar Loken

Pasar Loken atau juga dikenali sebagai Pasar Karat merupakan tempat di mana menjual barangan antik dengan harga berpatutan.

Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
Waktu operas: Setiap hari Ahad sahaja (7am-12pm)

3. Tasik Cermin

Jika ingin menikmati keindahan alam semula jadi, ini adalah destinasi patut dituju.

Alamat: Tasik Cermin, 31350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 9am-6pm

4. Taman Rekreasi Gunung Lang

Selain Tasik Cermin, anda juga boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama insan tersayang.

Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 8.30am-6pm (Jumaat, 8.30am-11am & 3pm-6pm)

5. Yasmin at Kong Heng

Muzium Yasmin Kong Heng terletak di BookXcess Kong Heng Ipoh. Muzium khas ini diabadikan untuk Yasmin Ahmad yang merupakan seorang pengarah filem terkenal di Malaysia.

Alamat: 91, Jln Sultan Yussof, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10am-5pm

6. Kinta Riverfront Riverwalk

Kinta Riverfront Riverwalk merupakan destinasi yang sentiasa dibuka kepada orang awam. Pemandangan pada waktu malam lebih memukau.

7. Gua Tempurung

Gua Tempurung merupakan tempat melakukan aktiviti lasak dan perlu membeli tiket masuk.

Harga tiket

  • GF (tour kering) RM8 (dewasa) RM4 (kanak-kanak)
  • TOW (tour kering) RM12 (dewasa) RM8 (kanak-kanak)
  • TWR (tour basah) RM15 (dewasa) RM7.50 (kanak-kanak)
  • GT (tour basah) RM30 (dewasa) RM15 (kanak-kanak)

8. Gerbang Malam, Ipoh

Gerbang Malam Ipoh merupakan destinasi anda patut kunjungi kerana pelbagai barangan ada dijual di sini.

Alamat: Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 6pm-12am

9. Nasi Goreng Udang & Sotong Banjir

Anda gemar nasi goreng udang dan sotong? Jangan lupa singgah kedai viral ini!

Alamat: SSI Corner, No. 24, Medan Selera, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 4pm-12am

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 26 Senarai Tempat Makan Sedap Di Langkawi, Tak Lengkap Kalau Tak Singgah Sini!

Sumber: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×