Asuh

Pakar Kongsi 8 Fakta Penting Tentang Anak Lelaki, Baru Senang Nak ‘Handle’

2K
SHARES

Orang-orang tua selalu cakap kalau ada anak lelaki cabaran untuk menguruskan mereka agak berbeza berbanding anak perempuan. Hal ini kerana anak lelaki lebih cenderung dengan aktiviti lasak dan sentiasa bertenaga serta aktif dalam melakukan segala perkara.

Namun, ada beberapa fakta yang ibu bapa harus peka dan tahu tentang anak lelaki mereka. Ikuti perkongsian daripada Dr Redza yang menceritakan mengenai fakta anak lelaki.

Baca juga: Pengambilan Jajan Bagi Anak Umur Bawah 3 Tahun Punca Penyakit Kronik- Pakar

8 FAKTA PENTING TENTANG ANAK LELAK IBU BAPA HARUS TAHU

1. Otak anak lelaki cenderung untuk melakukan sesuatu (action-oriented). Kalau ada masalah, mereka suka untuk cuba selesaikan.

2. Untuk memahami dan berkongsi perasaan sendiri dengan orang lain adalah tak mudah untuk anak lelaki. Jadi hargailah bila anak lelaki berkongsi rasa dengan kalian.

3. Kita kena sayang anak lelaki sebanyak mana kita sayang pada anak perempuan. Hanya kerana mereka lelaki, tak bermakna mereka tak perlukan kasih sayang yang banyak.

4. Didik anak lelaki untuk dia urus konflik dengan tutur kata yang halus dan beradab. Bukan dengan serangan perkataan yang kasar, mengugut atau menggunakan kekerasan.

5. Anak lelaki perlu diberi masa dan ruang untuk berlari, memanjat, melompat dan melakukan aktiviti fizikal lain.

6. Anak lelaki perlu diberi perhatian untuk mengasah kemahiran otot halus (fine motor) seperti menggunting, bermain playdough, memegang pensel dan melukis.

7.Anak lelaki suka jika mak ayah bacakan mereka buku cerita terutama dari usia 1 – 8 tahun. Mereka suka bila kita terangkan proses yang berlaku di sekeliling mereka.

8.Anak lelaki kadang-kadang buat keputusan terburu-buru.

Sumber: Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×