Asuh

Pengambilan Jajan Bagi Anak Umur Bawah 3 Tahun Punca Penyakit Kronik- Pakar

265
SHARES

Makanan ringan atau jajan memang menjadi kegemaran semua tidak mengira peringkat usia meskipun umum tahu ia tidak bagus untuk kesihatan diri. Bahan-bahan digunakan tidak mempunyai zat yang mencukupi untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Lebih membimbangkan apabila melihat ibu bapa yang hanya memberi jajan kepada anak untuk memujuk diri mereka jika sedang menangis. Pelbagai penyakit kronik mampu terjadi jika pengambilan jajan secara berlebihan dan tidak mempunyai pengawalan.

Baca juga: Pakar Kongsi Aktiviti & Mainan Sensori Bagus Untuk Anak Usia 0-12 Bulan

PENGAMBILAN JAJAN BERLEBIHAN PUNCA PENYAKIT KRONIK

Menerusi perkongsian Dr Taufiq Razif di laman Facebooknya, jajan ialah makanan yang tinggi kalori tetapi tidak mempunyai nilai nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak dan ia akan menyebabkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan strok sebelum usia mencecah 30 tahun.

Ramai betul mak ayah belum tahu tentang bahaya jajan pada otak anak kecil

~ Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi

~ Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur 30 tahun.

TERDEDAH SEAWAL UMUR TIGA TAHUN

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan apabila kanak-kanak berusia kurang tiga tahun sudah didedahkan dengan pengambilan jajan secara berlebihan. Menurut kajian yang dilakukan ia akan memberi kesan yang tidak elok pada IQ anak-anak.

~ Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.

~ Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu. Efeknya? Seumur hidup!

Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman sekarang adalah zaman yang mana ‘ penyakit orang dewasa ‘ dah mula menyerang kanak-kanak. Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun pun dah kena strok dan serangan jantung.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×