Setiap kali bercuti di Tanah Tinggi Cameron Highlands, pasti anda berkunjung tempat yang sama sahaja kan? Apa kata, kali ini anda kunjungi satu tarikan baharu iaitu Cameron Santorini.
Bercuti di sini sudah tentunya membuatkan anda seakan-akan berada di Pulau Santorini tetapi versi ‘bajet’. Pemandangan mempesonakan dengan bangunan berwarna putih dan biru, memang tidak mengecewakan.
Baca juga: 26 Senarai Tempat Makan Sedap Di Langkawi, Tak Lengkap Kalau Tak Singgah Sini!
CAMERON SANTORINI TARIKAN TERBAHARU, CANTIK & BOLEH OOTD
Nampak macam di luar negara. Ada swimming pool tersejuk dalam Malaysia, boleh mandi puas-puas. Memang lawa kalau nak bergambar di sini.
Selain itu, boleh juga jalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati kesedapan buah strawberi di sini dan makanan yang dijual di kafe.
Harga tiket masuk:
Dewasa – RM40
Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM20
Warga emas – RM20
Cameron Santorini terletak berhampiran Water Cress Valley. Sekiranya menaiki kereta untuk naik ke atas, perjalanan mengambil masa kira-kira selama 5 minit.
Perlu diingatkan keadaan jalan agak curam, jadi pastikan anda memandu secara berhati-hati untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!
Baca juga: Nah 83 Senarai Kedai Kopi Di Sekitar Perlis, Hari-Hari Boleh Singgah Minum!
Sumber: Facebook Perak Press