Famili

Lelaki Ini Kongsi 10 Tips Ketika Pandu Uji Kereta Idaman, Penting & Jangan Tersilap Langkah!

56
SHARES
TIPS PANDU UJI KERETA

Tidak kira membeli kereta baharu atau terpakai, anda perlu tahu tips pandu uji kereta agar memenuhi segala keperluan dan kehendak.

Jadi, pastikan anda ambil kira 10 tips pandu uji kereta seperti perkongsian Azin Ahmad di bawah. Rugi kalau tak ikut panduan ini!

Baca juga: Cara Keluarkan Duit Dari Tabung MAE Maybank, Mudah Dan Cepat. Jangan Risau!

10 TIPS PANDU UJI KERETA IDAMAN, BACA INI DULU

TIPS PANDU UJI KERETA

1. Ketika masuk kereta

Perhatikan adakah mudah atau susah nak masuk kereta? Kepala ada terhantuk atau perlu menggerakkan badan untuk masuk?

2. Laraskan tempat duduk

Perhatikan pelbagai pelarasan tempat duduk. Luangkan masa untuk melaraskan tempat duduk sehingga berada dalam kedudukan ideal anda.

3. Laraskan cermin

Betapa mudahnya cermin sisi untuk dilaraskan? Adakah anda mempunyai bintik buta yang besar? Jika ya, adakah kereta itu mempunyai sistem pengesanan titik buta dan bagaimanakah ia berfungsi?

4. Perhatikan lokasi kawalan

Ketahui di mana isyarat membelok, pengelap cermin depan dan kawalan lampu depan sebelum mula memandu.

5. Susun atur kereta

Setiap kereta sudah tentunya mempunyai susun atur yang berbeza. Jadi, apa perasaan dan pendapat tentang kereta yang ingin dipandu uji itu.

6. Perasaan/keselesaan ketika memandu

Perhatikan kemudahan pemanduan. Jika stereng terasa terlalu berat, ia mungkin menyusahkan terutama ketika memandu di bandar.

Begitu juga, sesetengah orang mendapati bahawa stereng yang terlalu ringan menyebabkan sukar untuk mengawal kenderaan dengan betul.

Jadi, periksa kelancaran kereta dengan memandu di jalan yang lebih mencabar untuk menentukan keselesaan.

7. Brek

Secara semula jadi, brek adalah bahagian yang sangat penting dalam kereta. Jadi, tentukan sama ada brek tersebut terlalu jauh atau dekat, mencengkam dengan kuat atau sebaliknya.

8. Transmisi

Jika anda memandu kenderaan dengan transmisi automatik, perhatikan kelancaran kereta tersebut ketika naik dan turun bukit.

9. Kebolehgerakan

Adakah kereta tersebut mudah bergerak ketika melalui selekoh? Selain itu, ambil kira juga saiz kereta sesuai atau tidak untuk diletakkan di tempat parkir.

10. Kemudahan lain

Jika kereta dilengkapi dengan kemudahan khas seperti sistem navigasi atau kamera belakang, cubalah. Adakah ia menepati cita rasa atau sebaliknya?

Akhir sekali, jangan lupa bawa kad pengenalan dan lesen memandu untuk pandu uji kereta.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Transfer Duit Touch ‘N Go E-Wallet Ke Akaun Bank Sendiri, Senang Je!

Sumber: Facebook Azin Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×