Kemalangan jalan raya akibat jalan berlubang sangat berbahaya kerana ia boleh meragut nyawa. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, ikut cara tuntuan seperti di bawah.
Ramai yang masih belum tahu 6 langkah penting ini dan mengambil keputusan untuk membiarkannya sahaja. Jangan buat macam itu, rugi!
Baca juga: Cara Mohon Kerja Guna Whatsapp, Ayat Macam Ini Baru Betul. Bukan Main Hantar Je!
CARA TUNTUTAN UNTUK KEMALANGAN AKIBAT JALAN BERLUBANG
1. Ambil gambar kenderaan anda dan jalan lubang untuk dijadikan bukti.
2. Seterusnya, ambil juga gambar bahagian tubuh sekiranya ada sebarang kecederaan.
3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel dan lain-lain untuk tujuan klaim.
4. Buat laporan polis. Nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.
5. Semak dengan polis untuk ketahui siapa pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.
6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.
SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB?
Sekiranya berlaku kemalangan, pihak yang bertanggungjawab adalah:
Jalan negeri atau jalan persekutuan – Kebiasaanya di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kerja Raya (KJR)
Jalan di lebuh raya – Perlu dirujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.
Jalan laluan di perumahan – Biasanya dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
*Ini hanyalah panduan sahaja.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bukan Sahaja Wangi Tapi Lemon Dan Garam Boleh Jadi Terapi Minda Bila Di Rumah
Sumber: Facebook Abam Penguatkuasa & Persatuan Pengguna Islam Malaysia