Famili

Lebuhraya WCE Tawar Tol Percuma Bermula 21 November Hingga 2 Januari 2024

36
SHARES
LEBUHRAYA WCE

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka secara rasminya kepada semua pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 pagi, 21 November 2023 (Selasa). Menteri Kerja Raya, Dato Sri  Alexander Nanta Linggi telah merasmikan pembukaan Seksyen 6, Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya WCE.

Lebih mengujakan, pengecualian tol diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini sehingga 2 Januari 2024.

Baca juga: 6 Warna Sesuai Dipakai Untuk Hadir Temu Duga, Kalau Pakai Confirm Dapat Kerja!

TOL PERCUMA LEBUHRAYA WCE BERMULA 21 NOVEMBER

LEBUHRAYA WCE

Dengan adanya Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini, perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa, Ijok akan mengambil masa hanya 15 minit sahaja berbanding sebelum ini yang mengambil masa sebanyak 45 minit.

Pembukaan Lebuhraya WCE ini juga akan membuatkan destinasi pelancongan lebih rancak. Antara tempat boleh dilawati Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Selangor.

Ini bermakna Perusahaan Kecil dan Sederhana juga akan mendapat manfaat daripada pembukaan lebuh raya ini. Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.

Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka sebelum ini pada tahun 2019, melibatkan tiga seksyen di Negeri Perak iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin) dan Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas), Satu seksyen di Negeri Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan -Bandar Bukit Raja Utara).

Baca juga: Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit, Jangan Salah Pakai Nanti Tak ‘Cun’!

Sumber: Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×