Famili

Senarai Lebuh Raya Yang Terima Bayar Tol Guna Kad Debit & Kad Kredit September Ini

17
SHARES
bayar tol

Nampaknya berita baik buat semua rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan kemudahan ini kerana pengguna boleh bayar tol guna kad debit dan kad kredit bermula September ini!

Ini berikutan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan dilaksana di 12 lebuh raya secara berperingkat.

Baca juga: Tol Percuma Untuk Pengguna Lebuh Raya SUKE Bermula Hari Ini Sehingga 29 Jun

BAYAR TOL GUNA DEBIT CARD DAN CREDIT CARD BERMULA SEPTEMBER!

bayar tol

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini akan memudahkan urusan pembayaran serta melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya. Menurutnya, kesemua 12 lebuh raya telah bersetuju untuk melaksanakan sistem ini untuk memberi kaedah yang lebih mudah kepada pengguna untuk membuat pembayaran di plaza tol.

“Sistem pembayaran terbuka bermakna anda tidak lagi hanya tertakluk kepada satu atau dua e-dompet. Contohnya selama ini hanya menggunakan Touch n Go. Mengenai sistem pembayaran terbuka, bermakna ia akan menerima kad kredit, debit..”

Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain kaedah pembayaran secara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n Go dan SmartTag.

Tambah beliau, ia juga diperkenalkan sebagai peralihan ke arah pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), dijangka direalisasikan menjelang akhir tahun hadapan. Mudah bukan?

Jadi berikut merupakan 12 lebuh raya yang terlibat untuk sistem pembayaran menggunakan kad ini :

1.Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)

2.Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)

3.Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

4.Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

5.Jambatan Pulau Pinang (JPP)

6.Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

7.Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP),

8.Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)

9.Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

10.Terowong SMART

11.Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)

12.Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE)

*Lepas ini tak perlu lagi kalut-kalut tercari-cari tempat untuk menambah nilai kad untuk membayar tol bukan?

Sumber: BuletinTV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×