Famili

Tol Percuma Untuk Pengguna Lebuh Raya SUKE Bermula Hari Ini Sehingga 29 Jun

5
SHARES
LEBUH RAYA SUKE

Berita gembira buat pengguna lebuh raya SUKE fasa dua yang melalui Plaza Tol Alam Damai, anda kini boleh menggunakannya secara percuma bermula hari ini sehingga 29 Jun.

Baca juga: Kad Pengenalan Hilang? Ini Senarai Tempat Boleh Siap Dalam Masa 30 Minit Sahaja!

TOL PERCUMA UNTUK PENGGUNA LEBUH RAYA SUKE

LEBUH RAYA SUKE

Kredit foto: Berita Harian

Memetik laporan BH Online, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi yang merupakan Menteri Kerja Raya berkata pembukaan fasa dua ini boleh mengurangkan kepadatan trafik terutamanya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Selain itu, Lebuh raya SUKE dapat memendekkan waktu perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang iaitu 25 minit sahaja, berbanding sebelum ini 75 minit.

Baki jajaran utama ini adalah sepanjang 7.9 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling, Lebuh raya Shah Alam (KESAS) sehingga Persimpangan Cheras-Kajang.

Lebuh raya ini menghubungkan lima lebuh raya lain iaitu Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, Lebuh raya Cheras-Kajang (GRAND SAGA), Lebuh raya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuh raya Salak.

Orang awam dinasihati agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan. Pastikan anda memandu secara berhemah dan jangan terburu-buru.

Ingat orang yang tersayang!

Baca juga: Cara Check Email Dah Dibaca Oleh Penerima Ke Belum, Senang Je!

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×