Kini Trending

Kena Buat 4 Benda Ini Supaya Boleh ‘Drive’ Balik Raya Dengan Lancar!

90
SHARES

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi setelah bulan Ramadan, umat Islam sedunia bakal menyambut bulan Syawal. Sudah pasti, ramai di kalangan rakyat Malaysia sedang bersiap-sedia mengatur rencana untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung nanti.

Maklumlah, sudah lama tidak balik beraya kerana pandemik Covid-19 yang melanda, keterujaan itu pasti wujud. Justeru itu, terdapat beberapa tips yang dikongsi untuk pastikan perjalanan anda pulang ke kampung dalam keadaan lancar bagi individu yang pulang dengan berkereta.

Baca juga: [VIDEO] Angkara Ketagih Dadah, Remaja 15 Tahun Diikat & ‘Ditenyeh’ Mata Dengan Serbuk Cili Oleh Ibu!

KENA BUAT 4 BENDA INI SUPAYA BOLEH ‘DRIVE’ BALIK RAYA DENGAN LANCAR!

Gambar hiasan – Motoqar

1. SERVIS KERETA

Gambar hiasan – PomenApp

Servis kenderaan beroda empat ini merupakan perkara yang terpenting sekali. Jika kereta anda dalam keadaan yang tidak baik risiko untuk terlibat dengan kemalangan adalah tinggi. Tidak rugi belanjakan wang untuk servis kereta yang jarang dilakukan itu.

Pastikan tayar kereta masih berbunga dan ada angin. Sangat bahaya bila tayar ‘botak’ terutama di atas jalan yang licin dan basah.

Ketika mengendali stereng kereta kalau rasa tak ‘kena’ seperti bergegar atau bergoyang segeralah mendapatkan servis. Dikhuatiri komponen kereta bahagian lain turut bermasalah. Antaranya ialah brek kereta.

Selain itu, jangan lupa untuk menukar minyak hitam jika sudah lama tidak ditukar untuk memastikan enjin kereta berjalan dengan lancar.

Minyak kereta pula seeloknya, diisi awal sehari sebelum mulakan perjalanan supaya dapat mengurangkan kesesakan di pam minyak dan memendekkan masa perjalanan anda.

2. SEDIAKAN NOMBOK KECEMASAN DI ‘SPEED DIAL’ TELEFON BIMBIT

Malang memang tidak berbau, jadi sebagai pemandu sediakanlah payung sebelum hujan.

Pastikan nombor helpline sudah disimpan dalam telefon bimbit supaya bantuan dapat dihulurkan dengan segera. Antara helpline yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan ialah khidmat polis, insuran, tunda kenderaan dan lain-lain.

Jika perkara buruk berlaku ketika anda berada di atas lebuhraya, hubungi nombor hotline seperti di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mendapatkan bantuan. Bahkan, anda juga boleh melihat status trafik semasa di situ.

Pastikan juga nombor insan-insan untuk dihubungi ketika kecemasan sudah disetkan di ‘speed dial’ di telefon bimbit anda supaya mudah untuk dimaklumkan kepada mereka.

3. SEDIAKAN AKSESORI KERETA YANG BERGUNA

Gambar hiasan – TechAdvisor

Terdapat banyak lambakan aksesori kereta yang dijual di pasaran. Tetapi pastikan anda beli aksesori kereta yang utama dulu. Antaranya ialah pemegang telefon, wayar usb telefon dan fon telinga.

Pemegang telefon ini amat penting untuk anda letakkan telefon bimbit sewaktu melihat navigasi ketika memandu. Tidaklah mata anda asyik lihat ke tempat lain apabila telefon bimbit berada di tangan. Sebelah tangan anda juga akan bebas dan boleh digunakan untuk fungsi lain seperti menukar gear atau memegang stereng kereta.

Wayar usb diperlukan untuk mengecas telefon bimbit supaya ianya sentiasa ‘bernyawa’. Sekarang sudah banyak kereta yang mempunyai tempat mengecas telefon bimbit memang sangat membantu. Tetapi sediakan juga power bank sebagai pelan bantuan anda.

Ketika memandu jika anda menerima panggilan telefon, inilah kelebihan fon telinga bagi memudahkan anda untuk mendengar perbualan dengan lebih jelas. Tidak perlu lagi tangan anda memegang telefon bimbit di telinga sehingga mengganggu fokus ketika memandu.

4. MENYUSUN BARANG UNTUK MUDAH DICAPAI

Gambar hiasan – Wish

Barang penting seperti kad touch n go, telefon bimbit dan dompet seeloknya diletakkan berdekatan dengan anda ketika memandu. Antaranya, boleh diselitkan di kawasan pintu pemandu, di bahagian atas kepala pemandu atau di ruang khas gear.

Amat penting barang tersebut diatur dengan kemas supaya anda tidak tergopoh-gapah mencari sewaktu memerlukannya. Selalunya ketika berada di kawasan tol yang memerlukan anda untuk ‘scan’ kad touch n go.

Jika berkesempatan jangan lupa dapatkan bekas khas yang boleh meletakkan kad-kad penting di tempat pemanduan.

Diharapkan tips ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pemandu kereta yang bakal pulang ke kampung dalam keadaan lancar bagi menyambut hari raya yang bakal menjelma. Berhati-hati ketika memandu, semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

Semoga bermanfaat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×