Famili

Banyaknya Benda Kena Buat! Ini 7 Perkara Anda Kena ‘Settlekan’ Sehari Sebelum Hari Raya

7
SHARES
persiapan raya

“Hari Raya Aidilfitri dah nak dekat tetapi apa lagi persiapan raya yang tak lengkap eh?”

Sudah semestinya ramai dalam kalangan kita yang menjadi ‘extra’ sibuk terutama sekali sehari sebelum Hari Raya. Masa inilah secara tiba-tiba barang persiapan masih tak cukup dan kita akan keluar mencari di saat-saat akhir. Bukan itu sahaja, buat yang baru sahaja sampai ke kampung, waktu last minute inilah baru anda ada masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut bukan?

Jadi, buat yang masih tertanya-tanya apa yang anda kena buat sehari sebelum menyambut Hari Raya, kami senaraikan 7 persiapan ‘last minute’ raya yang anda kena buat. Sempat lagi ni!

Baca juga: Rambang Mata Tengok Banyak Makanan Hari Raya, Akhirnya Mengundang 3 Penyakit Ini!

INI 7 PERSIAPAN RAYA YANG ANDA KENA BUAT LAST MINUTE!

persiapan raya

1.MEMBELI BELAH LAST MINUTE

Ada lagi barang yang tak beli? Inilah masanya untuk anda keluar bersama sanak saudara pusing-pusing dalam pusat membeli-belah kan? Untuk yang masih belum cukup barang keperluan untuk Hari Raya, anda boleh gunakan masa last minute ini untuk dapatkan jualan murah yang terakhir!

2.KEMAS RUMAH

Sudah pasti, bukan sahaja diri kita sahaja hendak kelihatan cantik, malah rumah juga perlulah kelihatan serba baharu. Inilah masanya untuk anda menukar langsir dan segala lampu di dalam rumah supaya kelihatan meriah. Tak adalah tetamu datang melihat langsir lama dan hitam anda tak basuh-basuh tu kan?

3.GOSOK BAJU RAYA SIAP-SIAP

Bila dah balik ke kampung, mesti akan panjang barisan untuk menggosok baju Hari Raya bukan? Jadi, ambil kesempatan untuk gosok baju anda dengan lebih awal supaya anda dapat senang hati menjamu selera di pagi raya. Kalau terbangun lambat pun sudah tak perlu risau untuk memakai baju raya kerananya semua sudah siap tersedia!

4.MASUKKAN KUIH RAYA DALAM BALANG

Kuih muih dalam bekas semasa dibeli itu inilah masanya untuk diletakkan di dalam bekas baharu anda yang mahal dan bercorak premium itu! Elok untuk letakkan kuih raya ini di dalam bekas dan diletakkan di ruang tamu supaya mudah untuk para tetamu datang makan.

5.MASUKKAN DUIT RAYA DALAM SAMPUL

Mesti dah ramai dalam kalangan kita yang menukar duit baharu berkepuk-kepuk di bank bukan? Inilah masanya untuk letakkan duit baharu tersebut di dalam sampul dan susun mengikut nama yang ingin diberi. Bila dah siap susun, barulah tak kalut ketika Hari Raya dan tak tersalah beri amaun yang sepatutnya kan?

persiapan raya

6.BAYAR ZAKAT FITRAH

Seperti yang kita tahu, pembayaran zakat fitrah adalah wajib bagi setiap umat Islam dan waktu terakhir untuk bayar zakat fitrah ini adalah pada pagi 1 Syawal. Jadi, tak salah untuk kita bayar terlebih dahulu zakat ini supaya tuntutan wajib ini menjadi keutamaan. Siapa yang masih betul lunaskan tanggungjawab ini, boleh pergi sekarang!

7.TAKBIR RAYA

Inilah yang dinanti-nantikan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu mendendangkan takbir raya. Jadi, sehari sebelum menyambut tibanya Syawal pada keesokkan harinya, apa kata ambil masa untuk dengarkan atau mengikut orang bertakbir Raya supaya dapat melahirkan rasa rendah diri dalam meninggalkan indahnya bulan Ramadan.

*Selamat Hari Raya dari team Siraplimau! Pastikan anda menyambut Hari Raya dengan selamat dan jangan juga ketinggalan baca artikel informasi yang menarik sempena Hari Raya ini ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×