Nur

Seronoknya Dapat Duit Raya! Tapi Kena Tahu 4 Hukum Ini Dahulu Sebelum Beri Duit Raya Tu..

31
SHARES
hukum bagi duit raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri makin dekat dan sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah membuat persiapan seperti membeli baju raya dan juga menukar duit raya. Mesti ramai yang tak sabar bila sebut duit raya khususnya kanak-kanak bukan? Namun, ada juga dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah hukum bagi duit raya ini. Adakah memang wajib?

Oleh itu, terdapat satu perkongsian di laman Twitter oleh saudara Mohammad Faeez Harith yang menjelaskan tentang empat hukum hakam berkaitan pemberian duit raya. Awas! Jangan ada yang terbuat ya!

Baca juga: Mak Ayah Boleh Latih Anak Kenal Nama-Nama Syurga, Persiapkan Diri Jadi Anak Soleh…

HUKUM BAGI DUIT RAYA: ADA WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKRUH DAN HARAM

hukum bagi duit raya

Duit Raya secara kebiasaannya yang difahami mengikut tempat kita merupakan suatu bentuk hadiah wang yang diberikan pada Hari Raya, kebiasaannya kepada sanak-saudara terdekat terutama kanak-kanak. Hukum asal memberikan duit raya adalah sunat berdasarkan keumuman dalil berkenaan sedekah dalam begitu banyak ayat Al-Quran.

Juga seperti yang disebutkan dalam hadith;

تَهَادُوا تَحَابُّوا.

“Berilah hadiah, nescaya kamu akan saling menyayangi”.

Pun begitu ada berberapa perkara yang boleh menyebabkan hukum asal duit raya ini bertukar menjadi salah satu hukum yang terkandung pada jenis-jenis hukum taklifi iaitu, Wajib, Sunat,Harus, Makruh atau Haram.

Keadaan pertama: Wajib memberikan duit raya sekiranya seseorang itu bernazar untuk memberikan duit raya. Demikian juga bagi seseorang yang telah berjanji untuk memberi duit raya kepada seseorang maka wajib ke atasnya memberi duit raya.

Keadaan kedua: Harus bagi seorang suami memberi duit raya kepada isteri sebagai tambahan atas nafqah yang telah diberikan. Demikian juga harus bagi isteri sekiranya ia mampu untuk memberi duit raya kepada suaminya.

Keadaan ketiga: Makruh bagi seseorang memberi duit raya kemudian mengungkit-ungkit pemberiannya itu. Dalilnya;

Keadaan keempat: Haram. Dan ada berberapa hal yang haram berkaitan dengan duit raya ini iaitu;

i.Memberikan duit raya dengan tujuan riya’ (menunjuk-nunjuk) dan mendapat sanjungan orang, maka hukumnya haram.

ii.Memberikan duit raya dari sumber yang haram semisal rasuah, judi, jual badan di Twitter dan sebagainya maka ini juga haram.

iii.MEMINTA MINTA duit raya tanpa ada keperluan, juga haram berdasarkan berberapa dalil.

hukum bagi duit raya

Antaranya;

مَن سأَل وعندَه ما يُغنيه فإنَّما يستكثِرُ مِن جمرِ جهنَّمَ قال: يا رسولَ اللهِ وما يُغنيه ؟

قال: ما يُغدِّيه ويُعشِّيه

Barangsiapa yang meminta – minta padahal ia berkecukupan maka dia memperbanyakkan untuk dirinya kerikil neraka Jahannam” Para sahabat bertanya; “Apakah yang diertikan berkecukupan itu wahai Rasulullah ﷺ?” Baginda menjawab; “Ia memiliki sesuatu yang cukup mengenyangkannya”²:

مَنْ سَأَلَ اَلنَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا, فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا, فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

“Barangsiapa yang meminta kepada manusia akan harta mereka untuk memperbanyakkan harta bagi dirinya, sungguh……dia sedang meminta kerikil neraka Jahannam, terserahlah dia suka sedikit atau banyak kerikil jahannamnya itu”³

و الله أعلم
——–
¹ Hadith Riwayat Al Bukhari dalam Adab Al Mufrad
²Hadith Riwayat Abi Dawud
³Hadith Riwayat Muslim.

Sumber: Twitter @MohammadFaeezHarith

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×