Nur

Mak Ayah Boleh Latih Anak Kenal Nama-Nama Syurga, Persiapkan Diri Jadi Anak Soleh…

57
SHARES
nama-nama syurga

Mendidik anak untuk menjadi seorang yang soleh dari kecil bukanlah perkara yang mudah. Hal ini kerana, selari dengan arus permodenan yang pesat, anak-anak berpotensi untuk beralih arah dan kurang minat dengan hal-hal pendidikan agama. Jadi, sebagai langkah pertama untuk mendidik anak soal agama, apa kata mak ayah kenalkan dahulu nama-nama syurga yang disebut dalam Al-Quran kepada mereka?

Ada 5 nama syurga yang boleh didedahkan sebagai langkah permulaan kepada anak-anak yang masih kecil supaya dapat memupuk rasa sayang kepada agama Islam.

Baca juga: Perempuan Bayar Zakat Sendiri? Jika Dalam 4 Kategori Ini, Anda Boleh Bayar Ke Atas Diri Sendiri

AJAR ANAK DARI KECIL NAMA-NAMA SYURGA YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN

nama-nama syurga

1. Syurga Firdaus

Siapa sahaja yang tidak mengenali nama Syurga Firdaus bukan? Ia adalah salah satu dari nama-nama syurga yang paling terkenal kerana diletakkan sebagai darjat yang tertinggi.

Bukan itu sahaja, nama surga ini pun diabadikan dalam surah Al-Kahfi ayat 107 yang berbunyi:

“Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan syurga Firdaus sebagai tempat tinggal.”

Bahkan ketetapan penghuni Syurga Firdaus juga diatur dalam Al-Qur’an, surah Al Mukminun ayat 1-11 yang berbunyi,

قَدْ اَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ ۙ ١ الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلَاتِهِمْ خٰشِعُوْنَ ٢ وَالَّذِيْنَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُوْنَ ۙ ٣ وَالَّذِيْنَ هُمْ لِلزَّكٰوةِ فٰعِلُوْنَ ۙ ٤ وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجِهِمْ حٰفِظُوْنَ ۙ ٥ اِلَّا عَلٰٓى اَزْوَاجِهِمْ اَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانُهُمْ فَاِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُوْمِيْنَۚ ٦ فَمَنِ ابْتَغٰى وَرَاۤءَ ذٰلِكَ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْعَادُوْنَ ۚ ٧ وَالَّذِيْنَ هُمْ لِاَمٰنٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُوْنَ ۙ ٨ وَالَّذِيْنَ هُمْ عَلٰى صَلَوٰتِهِمْ يُحَافِظُوْنَ ۘ ٩ اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْوٰرِثُوْنَ ۙ ١٠ الَّذِيْنَ يَرِثُوْنَ الْفِرْدَوْسَۗ هُمْ فِيْهَا خٰلِدُوْنَ ١١

Ertinya:

“Sungguh, beruntunglah orang-orang mukmin. (Iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang meninggalkan (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna; orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki.

Sesungguhnya mereka tidak tercela (kerana menggaulinya). Maka, siapa yang mencari (pelampiasan syahwat) selain itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

(Sungguh beruntung pula) orang-orang yang memelihara amanat dan janji mereka. Orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi.Orang-orang yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (QS Al Mukminun: 1-11)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan membuktikan iman mereka dengan mengerjakan kebajikan yang disertai niat untuk mendapat redha Allah.

2.Syurga ‘Adn

Nama syurga kedua yang boleh diajarkan kepada anak adalah Surga ‘Adn. Ia adalah salah satu dari nama-nama syurga yang tentunya juga ada di Al-Quran. Bahkan, dalam surah Thaha Ayat 76, terdapat sedikit ulasan mengenai Surga ‘Adn. Ulasan ini mengatakan bahawa orang-orang yang akan masuk Surga ‘Adn adalah mereka yang senang menyucikan diri.

Menurut surat Thaha, Surga ‘Adn adalah salah satu syurga yang memiliki banyak sungai di bawahnya. Berikut merupakan surah Thaha Ayat 76:

“(Iaitu) surga-surga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan bagi orang yang menyucikan diri.”Lalu, isi dari Surga ‘Adn adalah orang yang mengharap keridaan Allah, melaksanakan solat, memberikan infak kepada mereka yang memerlukan, dan menolak berbuat kejahatan.”

Hal tersebut pun dijelaskan oleh di surat Ar Rad ayat 22 – 23 yang berbunyi:

“Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka;secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).”

“(Yaitu) surga-surga ‘Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya, dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu.”

3.Syurga Na’iim

Surga Na’iim adalah salah satu nama-nama surga yang sering digunakan. Syurga ini diperuntukkan untuk orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh. Hal ini pun disebutkan dalam Surat Al-Hajj ayat 56 yang berbunyi:

“Kekuasaan pada hari itu ada pada Allah, Dia memberi keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan berada dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan.”

nama-nama syurga

4.Syurga Ma’wa

Surga Ma’wa juga merupakan salah satu nama-nama syurga. Syurga Ma’wa ini disebutkan dalam Surah As-Sajadah ayat 19 yang berbunyi:

أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَلَهُمْ جَنَّٰتُ ٱلْمَأْوَىٰ نُزُلًۢا بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Ammallażīna āmanụ wa ‘amiluṣ-ṣāliḥāti fa lahum jannātul-ma`wā nuzulam bimā kānụ ya’malụn.

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka akan mendapat surga-surga tempat kediaman, sebagai pahala atas apa yang telah mereka kerjakan.”

5.Syurga Darussalam

Nama syurga yang seterusnya adalah Syurga Darussalam. Syurga ini pun disediakan oleh Allah untuk orang-orang yang kuat bersabar. Hal tersebut disebutkan juga dalam Al-An’am ayat 127, seperti berikut:

لَهُمْ دَارُ ٱلسَّلَٰمِ عِندَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Lahum dārus-salāmi ‘inda rabbihim wa huwa waliyyuhum bimā kānụ ya’malụn.

Artinya:

“Bagi mereka (disediakan) darussalam (surga) pada sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal saleh yang selalu mereka kerjakan.” (Q.S. Al-An’am: 127).

*Dah tahu nama-nama syurga ini kan? Boleh ajarkan kepada anak supaya menjadi anak yang soleh!

Sumber: Orami.co.id

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×