Nur

Bestnya Masjid Sana Ada Aircond, Sini Tak Ada…Tapi Boleh Ke Pilih-Pilih Masjid Nak Tarawih Ni?

6
SHARES
HUKUM MEMILIH MASJID

“Hmm, apa hukum memilih masjid untuk tarawih ya?”

Solat tarawih merupakan solat yang dituntut bagi umat Islam untuk melaksanakannya. Ganjaran melaksanakan solat tarawih adalah sangat besar iaitu akan diampunkan dosa-dosa yang terdahulu seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu mengenainya iaitu apa hukum memilih masjid untuk menunaikan solat tarawih. Boleh atau tidak? Ini huraiannya.

HUKUM MEMILIH MASJID UNTUK MENUNAIKAN SOLAT TARAWIH, BOLEH KE?

HUKUM MEMILIH MASJID

Rasulullah S.A.W bersabda :

‎مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu. Riwayat Al-Bukhari (37)

Masjid merupakan rumah Allah. Jadi, dibolehkan untuk seseorang itu menunaikan solat di mana-mana masjid yang dia mahukan sama ada masjid tersebut berdekatan dengan rumahnya atau pun jauh.

Di dalam hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A, diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلاَةِ أَبْعَدُهُمْ إِلَيْهَا مَمْشًى

Maksudnya: Sesungguhnya manusia yang paling besar ganjarannya di dalam solat adalah mereka yang paling jauh menuju ke arahnya. Riwayat Muslim (662)

Imam Ibn ‘Allan al-Bakri al-Syafi’e Rahimahullah berkata semakin jauh tempat solat itu maka semakin besar juga pahalanya. 

HUKUM MEMILIH MASJID

Jelas daripada hadis di atas, menunjukkan bahawa seseorang yang menuju ke masjid lebih jauh dari tempatnya dengan tujuan untuk mendapatkan pahala yang besar adalah dibolehkan.

Begitulah juga sekirannya seseorang memilih masjid dengan tujuan menambah kekhusyukan dalam beribadah disebabkan suara imamnya yang merdu, keadaan masjid yang kondusif lagi selesa, ia juga adalah dibolehkan.

Secara asasnya adalah lebih utama jika anda menunaikan solat di masjid kawasan tempat kediaman melainkan terdapat beberapa faktor dan keutamaan lain.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×