Rakyat

Arab Saudi Benarkan Kanak-Kanak Semua Peringkat Umur Masuk Masjidil Haram

31
SHARES

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan satu berita gembira iaitu kanak-kanak dari semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Makkah. Saudi Gazette melaporkan, kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas perlu menggunakan permit khas melalui permohonon di Eatmarna.

Baca juga: [TERKINI] Boleh Guna Dua Aplikasi Ini Di Telefon Untuk Dapatkan Visa Umrah

ARAB SAUDI BENARKAN KANAK-KANAK SEMUA PERINGKAT UMUR MASUK MASJIDIL HARAM

Manakala bagi kanak-kanak berumur kurang 5 tahun, mereka boleh memasuki Masjidil Haram tanpa perlu mendapatkan sebarang permit masuk.

Mereka juga mengesahkan jemaah hanya dibenarkan berada dalam raudah selama 10 minit di dalam Masjid Nabawi di Madinah. Selain itu, Arab Saudi kini juga membenarkan pemegang semua jenis visa dan mereka yang datang dari mana-mana negara untuk tujuan pelancongan, untuk menunaikan umrah sepanjang berada di Arab Saudi.

Pemegang visa boleh membuat janji temu melalui aplikasi Eatmarna atau menghantar permohonan ke Unified National Visa Platform.

Sumber: Saudi Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×