Nur

Pahala Lebih Banyak Jika Bagi Orang Berpuasa Makan Juadah Yang Mengenyangkan, Betul Ke?

8
SHARES
beri makan orang berpuasa

Seperti yang ramai ketahui, dalam bulan Ramadan yang mulia ini semua umat Islam di seluruh dunia berkejar-kejar untuk melakukan amal ibadat kerana pahala digandakan. Ganjaran pahala yang dinanti-nantikan oleh orang ramai juga adalah dengan beri makan orang berpuasa ketika waktu berbuka. Walaupun hanya dengan sebiji kurma, pahala yang diperoleh ternyata sangat besar!

Namun, ada juga yang tertanya-tanya adakah ada perbezaan pahala antara memberi makanan berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan memberi makanan berat yang mengenyangkan semasa berbuka. Ada pahala lebih ke? Ini jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

PAHALA BERI MAKAN ORANG BERPUASA, BELANJA KAWAN MAKAN

beri makan orang berpuasa

Selain hanya berpuasa, Rasulullah menggalakkan para sahabat memberi makan orang berbuka puasa. Sabda Baginda:

“Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berbuka, tidak kurang sedikit pun dari pahala mereka.”

Sa’d ibn Ubadah bijak mengambil peluang ini. Beliau pernah menjamu Baginda Nabi berbuka sehingga Baginda sendiri mendoakan beliau. Menurut Ibn Rajab, sebab itulah beberapa orang salafusoleh sangat menitikberatkan perkara ini. Abdullah ibn Umar dikatakan tidak berbuka melainkan bersama dengan anak yatim dan fakir miskin. Amalan yang sama dilakukan oleh Daud al-Ta’i, Malik ibn Dinar dan Ahmad ibn Hanbal.

Ambil kesempatan dalam bulan Ramadan ini menjamu sahabat, jiran, anak yatim, pelajar tahfiz atau sesiapa pun. Ramadan menyediakan kita ruang dan peluang yang luas untuk meraih pahala yang tidak boleh dijangka.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan orang ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan dihitung pahalanya apabila memberi makan untuk orang berpuasa. Adakah orang yang menyumbang kurma sebagai pembuka selera atau orang yang memberi juadah berat yang mendapat pahala?

Soalan:

Assalamu’alaikum S.S Mufti, saya selalu tertanya-tanya siapakah yang mendapat pahala memberi makan kepada golongan yang berbuka puasa. Adakah mereka yang memberikan sumbangan kurma atau mereka yang menyumbang untuk juadah berat yang mendapat pahala tersebut kerana kadangkala orang ramai berbuka dengan kurma terlebih dahulu ?

Kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa:

‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).”

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala- Surah Al-An’aam (160)

ORANG BAGI MAKANAN BERBUKA YANG MENGENYANGKAN DAPAT PAHALA LEBIH?

beri makan orang berpuasa

Justeru apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa para ulama berbeza pendapat berkenaan kadar manakah yang dikira sebagai memberi makan berbuka kepada golongan yang berpuasa ? Adakah pahala memberi makan itu terhasil dengan memberi sekalipun sebiji kurma atau sebekas air atau memberi makanan-makanan yang menghasilkan kekenyangan kepada golongan yang berbuka puasa ?

Kata Imam Ibn Muflih ketika mensyarahkan hadis kelebihan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa di atas:

‘’Yang zahir dari pendapat para ulama adalah apa sahaja makanan sebagaimana zahir khabar (hadis) tersebut. Manakala pahala yang lebih besar sekiranya makanan tersebut memberi kekenyangan kepada orang yang berbuka’’. Rujuk Al-Furu’, Ibn Muflih (3/73).

Oleh yang demikian seseorang itu sekiranya dia memberikan makanan kepada orang yang berbuka puasa sama ada dengan sebiji tamar, segelas air, dan sebagainya maka sudah terhasil baginya pahala memberi makan kepada orang yang berbuka sebagaimana zahir hadis.

beri makan orang berpuasa

Pandangan yang paling tepat adalah sesiapa sahaja yang memberi makan kepada orang berbuka puasa dengan apa sahaja makanan maka dia telah mendapat ganjaran pahala memberi makan kepada orang yang berpuasa. Ini tanpa mengambil kira makanan tersebut adalah kurma, bubur, secawan air, ataupun makanan berat sekalipun.

Meskipun begitu, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa yang memberi kekenyangan adalah lebih afdhal dan lebih besar pahala yang diperoleh.terhasil pahala kepada mereka yang memberi makan kepada orang berbuka, tanpa mengambil kira ia di makan terdahulu atau terkemudian selama masih dalam tempoh berbuka puasa.

Sumber: Muftiwp, Twitter @myhadithtime

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×