Nur

Hukum Solat Melihat Bacaan Al-Quran Dalam Telefon Bimbit & Cara Laksanakannya

623
SHARES

Tibanya bulan Ramadan, pasti ramai dalam kalangan kita yang ingin memperbaiki cara kita beribadah. Ada yang ingin memperbaiki cara membaca Al-Quran dan ada juga yang ingin memperbaiki atau sempurnakan lagi cara solat. Oleh itu, pelbagai cara telah dicuba seperti menghafal surah-surah tertentu. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang mengambil masa lama untuk menghafal dan menggunakan kaedah tengok telefon bimbit untuk membaca surah-surah tertentu. Boleh atau tidak tindakan sebegini?

BOLEH KE SOLAT PEGANG MUSHAF / HANDPHONE?

1) Membaca Qur’an dalam solat dengan melihat mushaf dibenarkan, boleh semak dalam kitab At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an oleh Imam An-Nawawi رحمه الله تعلى رحمة واسعة.

Tanbih: Dalam Solat Fardhu lebih baik sekadar membaca dari apa-apa yang sudah dihafal tanpa disibukkan dengan melihat mushaf, kecuali jika belum menghafaz surah Al-Fatihah.

2)Kalau tak apa pemegang mushaf boleh pegang di tangan tak?

Boleh.Tak jadi masalah. Hanya jaga pergerakan jangan sampai bergerak dengan 3 kali pergerakan besar berturut-turut. Itu yang membatalkan solat. Pergerakan jari menatal(scroll) skrin telefon tak membatalkan solat. Caranya rujuk keterangan pada gambar.

CARA SOLAT SAMBIL TENGOK HANDPHONE

-Ambil telefon dan buka terus mushaf dalam telefon.

-Tetapkan kedudukan tangan setempat.

-Simpan dalam kocek sebelum turun rukuk dan sujud

-Apps yang saya syorkan sebagai Mushaf Elektronik dari peranti.

3)Pastikan jika pegang telefon untuk baca mushaf di dalamnya,telefon sudah disenyapkan dan segala bentuk notifikasi dinyahkan.

Mufti Wilayah Persekutuan

Dah jangan susah hati lagi dah tak ada ‘stand’ atau Qur’an besar tapi nak baca panjang dalam Tarawih. PEHATIAN! Ini khusus jika anda solat sendirian atau menjadi imam. Jika jadi makmum, TAK PAYAH SIBUK tengok mushaf.

Sumber:  محمد فائز حارث البكاني

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×